HomeIsu tempatanSESB serah sumbangan kepada JPS laksana penanaman pokok di Ulu Kukut

SESB serah sumbangan kepada JPS laksana penanaman pokok di Ulu Kukut

Read Time:2 Minute, 29 Second

Kota Belud : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bagi melaksanakan penanaman pokok di Ulu Kukut di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, usaha itu diharap dapat menjadi perintis kepada lebih banyak usaha yang dilaksanakan ke arah pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

“Saya difahamkan usaha penanaman pokok ini kelak akan dibantu oleh penduduk Kampung Ulu Kukut. Terima kasih kepada Ketua Kampung Ulu Kukut, Maicrol Elang yang akan membantu menerajui usaha penanaman pokok ini.

“Untuk makluman bersama, terdahulu pada 2022, SESB juga telah memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 susulan kepada pemeteraian perjanjian di antara SESB dan JPS pada Mac 2020 semasa Bengkel Kajian & Penilaian Pampasan NNL Kawasan Perhutanan yang terlibat dengan cadangan laluan Projek Southern Link SESB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada maj;is penanaman pokok sempena program penghijauan malaysia kempen penanaman 100 juta pokok di Hutan Simpan Ulu Kukut di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Konservator Hutan Datuk Frederick Kugan.

Yaakob berkata, Projek Southern Link SESB yang dirancang untuk dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu telah bermula dengan kerja-kerja perolehan tanah untuk jajaran talian penghantaran sepanjang 330 kilometer (km).

Katanya, sumbangan sebanyak RM50,000 itu diserahkan kepada JPS bagi Program Enrichment Corridor – Penanaman Rumput Napier.

“Sumbangan tersebut bertujuan untuk penanaman rumput napier sebagai perintis kepada usaha menyediakan koridor alternatif kepada gajah bagi mengurangkan impak ke atas habitat gajah berkenaan akibat penerokaan baru seperti kawasan penempatan baru, perladangan dan projek-projek infrastruktur,” katanya.

Terdahulu, Yaakob berkata, program yang dilaksanakan itu merupakan salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SESB untuk memberikan semula kepada masyarakat yang meliputi tiga bidang utama iaitu pendidikan, sosio-ekonomi (termasuk sukan) dan pemuliharaan alam sekitar.

“Sebagai syarikat yang mengendalikan utiliti elektrik di negeri ini, SESB amat prihatin dengan tanggungjawab untuk memastikan pembangunan infrastruktur SESB terlaksana sebaik mungkin dan dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk memastikan keadaan flora dan fauna adalah terpelihara dan tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, Frederick berkata, pihaknya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SESB atas sumbangan CSR sebanyak RM50,000 yang diberikan untuk menanam semula kawasan hutan terosot akibat kebakaran hutan di masa lampau di Hutan Simpan Ulu Kukut Kota Belud. 

Katanya, pihaknya amat menghargai sumbangan yang diberikan dan berharap agar kerjasama itu akan berterusan di masa akan datang.

“Inisiatif SESB untuk menanam pokok di dalam Hutan Simpan Ulu Kukut sememangnya akan memberikan impak positif kepada orang ramai dan agensi lain untuk turut serta dalam usaha penanaman pokok dan diharapkan kesedaran untuk sama-sama menjaga sumber alam ini akan dapat ditingkatkan. 

“Sebagai makluman, seluas 10 hektar akan ditanam dengan spesis pokok dipterocarp dan pelbagai jenis spesies lain seperti laran dan binuang. 

“Pada pagi ini kita akan menanam pokok spesis Merbau sebagai simbolik penanaman. Pokok Merbau yang nama saintifiknya ialah Intsia palembanica yang juga dikenali sebagai borneo teak, moluccan ironwood, ipil dan sebagainya telah dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia pada tahun 2019,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular