HomeUtama'Memoir Seorang Guru' beri semangat guru untuk terus mendidik meskipun berdepan cabaran

‘Memoir Seorang Guru’ beri semangat guru untuk terus mendidik meskipun berdepan cabaran

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran program ‘Jom Tonton Memoir Seorang Guru’ mampu membantu dan memberi semangat kepada para guru khususnya dalam mendidik anak murid meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, penganjuran program itu juga adalah bagi memeriahkan sambutan Hari Guru yang telah disambut diseluruh negara pada 16 Mei lalu.

“Ini merupakan satu program yang sangat kita alu-alukan yang diilhamkan oleh Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran  bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu.  Sudah tentu ini adalah sebahagian dari acara untuk kita gelorakan semangat hari guru.

“Filem ini merupakan satu filem yang diambil daripada novel yang dihasilkan oleh penulis Azizi Abdullah yang menceritakan tentang suka duka seorang guru bertugas di bandar dan luar bandar seterusnya membawa kepada kemajuan anak-anak didiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program ‘Jom Tonton Memoir Seorang Guru’ di GSC Cineme Iamgo Mall di sin semalam.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah dan Focal Person Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).

Raisin berkata, pihaknya turut berharap agar penganjuran program itu dapat membantu memberi pembugaram semangat seorang guru selain menanam roh dan jiwa pendidik.

“Pada program ini, kita melibatkan semua Focal Person daerah dan juga pegawai-pegawai di JPNS, PPD dan guru-guru selain turut menjemput kakitangan Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya, Tuaran, Keningau dan Tawau.

“Saya ucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini,” katanya.

Memoir Seorang Guru bukan sekadar naskhah biasa, filem ini merupakan adaptasi daripada novel hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Abdullah yang juga bekas seorang guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A 1998 mewakili Malaysia.

Filem arahan Kyoll Hamzah ini mengisahkan tentang seorang guru bandar iaitu Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah pedalaman dan ditugaskan menjadi guru di kelas paling corot.

Selain Datuk Rosyam Noor yang memegang watak utama, Memoir Seorang Guru turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.

Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 30 Mei ini lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular