HomeUtamaProjek bina pekan baharu komersial Tongod bermula Jun ini

Projek bina pekan baharu komersial Tongod bermula Jun ini

Read Time:52 Second

TONGOD: Tongod yang disenaraikan sebagai daerah termiskin akan berubah wajah sebaik sahaja pekan baharu komersial dibina bermula Jun ini.

Projek bernilai RM7 juta itu dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) merangkumi pembinaan dua deret kedai bertingkat yang mengandungi 12 unit.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, pembinaan projek fasa pertama di atas tapak seluas 1.17 ekar akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan sebelum meneruskan pembinaan fasa kedua.

“Sekarang ini kita sedang mulakan fasa pertama bagi membina enam unit kedai dengan kos RM3.5 juta,” katanya semasa melawat tapak pembinaan projek itu, kelmarin.

Masiung (tengah) diberi taklimat oleh jurutera LPPB Mohd Andy Osman semasa melawat tapak projek pembinaan pekan baharu Tongod pada Sabtu.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, berkata, dua unit daripada kedai dua tingkat itu akan dicadangkan untuk membina hotel.

“Sementara, unit selebihnya digunakan untuk perniagaan komersial termasuk premis makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC),” ujarnya.

Menurut Masiung, bangunan komersial dua tingkat itu akan dijual dengan nilai antara RM565,000 hingga RM619,000 bagi unit bahagian tepi.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular