HomeUtamaSemua telaga tiub di UMS siap sepenuhnya, alternatif kepada gangguan bekalan air...

Semua telaga tiub di UMS siap sepenuhnya, alternatif kepada gangguan bekalan air JANS

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Enam telaga tiub yang dibina di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan dana RM3 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu kini sudah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, telaga tiub yang siap dibina itu akan menjadi alternatif sekiranya berlaku gangguan bekalan air dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Mustapha ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek telaga tiub UMS -FOTO UMS

Katanya, semua telaga tiub yang telah siap menerusi pelaksanaan fasa satu dan dua itu kini dalam proses percubaan.

“Hari ini saya melawat ke UMS bagi melihat projek telaga tiub yang kita telah war-warkan sebelum ini dan saya ingin maklumkan bahawa semua telaga tiub bagi pakej satu dan dua telah siap sepenuhnya meskipun ada sedikit kelewatan.

“Pada ketika ini, telaga tiub berkenan dalam proses percubaan untuk kita pastikan bekalan air ini seperti yang kita harapkan.  Tapi saya ingin tegaskan sini bahawa apa yang dilaksanakan ini hanyalah alternatif sekiranya bekalan JANS tidak berfungsi, maka telaga tiub ini akan digunakan.

Tangki yang disediakan bagi menempatkan bekalan stok air dari sumber Telaga Tiub – FOTO UMS

“Kita sudah pasang beberapa tangki disekitar kediaman untuk stok air apabila sumber dari JANS ini kurang, maka kita akan minta pelajar-pelajar supaya ambil stok yang ada disekitar asrama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek telaga tiub UMS di sini hari ini.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, semua telaga tiub itu dijangka akan dapat menampung sebanyak satu juta liter air sehari (MLD).

“Justeru saya berharap agar para mahasiswa khususnya di UMS dan masyarakat luar sana faham mengenai isu yang kita hadapi di UMS ini.

“Dapatkan fakta yang benar supaya kita dapat bertindak secara rasional untuk mendepani isu air di kampus UMS ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular