HomeSukanSemua pasukan tunjuk prestasi memberangsangkan

Semua pasukan tunjuk prestasi memberangsangkan

Read Time:3 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu :    Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah Kesembilan 2024 yang berlangsung semalam menyaksikan semua pasukan yang bertanding menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. 

Paling ketara adalah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beraksi di lane lima berjaya mencatatkan rekod baharu 03:40.29 (Lelaki Terbuka, 800m) sekaligus menewaskan lapan pesaing lain dan menerima hadiah RM10,000, piala serta medal.

Catatan masa baharu itu secara tidak langsung meletakkannya sebagai juara dua tahun berturut-turut mengalahkan naib juara, Jetama Asuk Hill (03:40.77); tempat ketiga, Mempawa Dragonboat Club (03:41.47) diikuti 1 SPTB Brunei Darussalam (03:44.87), PPNNS (Al Haddad Maritime) (03:45.53), Helang Setia Brunei Darussalam (03:45.74), Ulmala Dragon Boat Team A (03:46.66) dan Kampung Sinampuan Lawas A (03:46.98). 

Bagi kategori Piala Ketua Menteri Sabah (Lelaki, 800m), pasukan Warisan KDKL DBT meraih gelaran juara dan membawa pulang hadiah RM8,000, piala serta medal.

Catatan masa 03:40.03 oleh Warisan KDKL berjaya meninggalkan N82 Bukit Sari Lawas (03:41.59) sedikit di belakang, disusuli Lautan Biru Dragon Boat (03:42.29), Peranak Sama (03:42.58), Sibling’s Paddle (03:42.84), Jetama Entulon Senior (03:43.43), Persatuan Nelayan Kawasan Tuaran (03:45.27) dan Rukut-Rukut Lok Bo’eh Tuaran (03:48.58).

Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin diiringi Presiden FCAS, Tan Sri (Dr,) T.C. Goh dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Hadir sama Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Phoong Jin Zhe, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah serta Pengerusi Jawatankuasa Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Kesembilan, Datuk Susan Wong Siew Guen. 

Turut hadir menyerikan majlis ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut disampaikan, hadiah pemenang kategori Piala Sabah FCAS Dragon (Terbuka Campuran, 800 Meter) yang dirangkul oleh pasukan DBKL (juara), PDRM (naib juara), PPNNS (Al Haddad Maritime) di tempat ketiga, pasukan Kampung Nelayan, Maju Sulaman Team, Karapaw (Team A) dan DBKK (Team C).

Kategori seterusnya ialah Piala FCAS (800m, Tertutup Campuran) Kota Kinabalu yang dimenangi oleh pasukan KKCCCI (juara), KK Hakka Association (naib juara), KK Hainan  Association, Wong Clan dan Sze Yi Association.

Keputusan bagi kategori Piala FCAS (800m, Campuran Terbuka) memihak kepada pasukan Penang Chinese Town Hall (juara), KKCCCI (naib juara), Kelab Rekreasi Komuniti Penampang (RINUKTZ), WSG Bananas, FCA Tawau-Hua Lian dan Persatuan Klan Chee Mushu.

Berbeza dengan keputusan Piala FCAS (800m, Lelaki) yang menyenaraikan KKCCCI sebagai juara, FCA Tawau Hua-Lian Youth A (naib juara) dan WSG Bananas di tempat ketiga.

Sementara itu, keputusan bagi kategori Piala Kinabalu Dragon (800m, Junior 15 hingga 20 Tahun) didominasi pasukan SB Sawit Kinabalu, diikuti Jetama Entulon Junior, Lentuong Junior Team Tuaran, Darau Village Junior dan Belia Kampung Giling Laut Tuaran.

Kategori Piala Kinabalu Dragon Wanita (200m, 12 Kru) menyaksikan pasukan KKCCCI muncul juara mengalahkan pasukan lawan, Karapaw (Team B), PDRM, Athenian (Hakka) Dragon Boat Team, DBKL, PPNNS (Al Haddad Maritime), RIMUKTZ dan WSG Bananas.

Ketangkasan pasukan DBKL dalam kategori Piala Kinabalu Dragon (200m, Campuran) terserlah dan selayaknya mendapat gelaran juara dan menundukkan pasukan saingannya iaitu Kayak Team ITCC Penampang, PDRM, Borneo Dragons (B), Penang Chinese Town Hall, Karapaw (Team A), Kampung Nelayan dan DBKK (Team A).

Dalam kategori Piala Kinabalu Dragon (Lelaki, 200m, Terbuka), prestasi pasukan 1 SPTB Brunei Darussalam lebih  menonjol sekaligus menjulang piala tersebut mengalahkan pasukan Kampung Sinampuan Lawas (naib juara) dan Mempawa Dragonboat Club di tempat ketiga.

Akhir sekali, kategori Piala Presiden Hua Zhong (Campuran, 800m) dimenangi pasukan FCAS Team (KKCCCI) dan disusuli oleh pasukan Penang Chinese Town Hall yang masing-masing meraih hadiah RM3,000, RM2,000 dan RM1000 serta medal.

Acara terbesar tahunan anjuran FCAS itu nyata mendapat sambutan hangat daripada lebih 130 penyertaan, malah Taman Awam Teluk Likas hari ini dibanjiri lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular