HomeIsu tempatanOps Tunda : DBKK keluarkan 19 keping kompaun

Ops Tunda : DBKK keluarkan 19 keping kompaun

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya mengeluarkan sebanyak 19 keping kompaun dalam satu Operasi Tunda (Ops Tunda) yang dijalankan di beberapa kawasan sekitar ibu negeri di sini baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan DBKK itu tertumpu di sekitar Jalan Tun Fuad Stephens dan Jalan 20.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, kompaun itu dikeluarkan terhadap individu yang didapati ingkar dan melakukan kesalahan di bawah Undang-undang Kecil (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon, Bandaraya Kota Kinabalu, 2014).

“Masyarakat awam diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan tidak meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dikhaskan sehingga boleh menyebabkan gangguan kepada aliran lalu lintas.

“Pelaksanaan Ops Tunda oleh Jabatan Penguatkuasaan, DBKK akan diteruskan secara berkala dan dari masa ke masa, bagi mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran warga bandar raya untuk terus menghormati dan memelihara kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Dalam pada itu, sebuah kenderaan telah ditunda atas sebab menghalang lalu lintas di Jalan Tun Fuad Stephens dan pemilik telah menjelaskan bayaran kos penundaan berjumlah RM100 serta kompaun berjumlah RM100.

Kenderaan individu berkenaan telah diserahkan semula setelah kedua-dua bayaran diselesaikan.

Operasi yang bermula pada jam 3 petang hingga 11 malam itu telah dilaksanakan oleh seramai sembilan orang anggota penguat kuasa DBKK. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular