HomeUtamaKilang kaca solar bakal buka peluang kerja kepada 5,000 anak tempatan

Kilang kaca solar bakal buka peluang kerja kepada 5,000 anak tempatan

Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat Kibing Group iaitu SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd bagi memperluaskan pelaburannya di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaburan fasa dua yang bernilai RM7.3 bilion itu akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih kurang 5,000 anak tempatan.

“Hari ini saya dijemput untuk menyaksikan satu memorandum persefahaman untuk Kibing Group yang akan menambah lagi pelaburan mereka bagi fasa dua bernilai RM7.3 bilion.

“Jadi dalam pelaburan ini ianya akan memberi peluang kepada lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan kepada anak Sabah. Jadi, bagi saya Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pelaburan yang begitu banyak dan membawa teknologi untuk anak-anak Sabah di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis berkenaan.

MoU itu sekali gus menjadi bukti komitmen SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd untuk membina enam barisan pengeluaran kilang pembuatan kaca solar di Kimanis Papar.

Hajiji berkata, perkembangan terbaru itu membuktikan usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor perindustrian sememangnya berkesan.

Katanya, inisiatif ‘Mesra Pelabur Sabah’ seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) meningkatkan keyakinan pelabur dalam menarik syarikat asing ke negeri ini serta mengembangkan pelaburan sedia ada.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berdedikasi untuk menyelaras dan memudahkan pelaburan itu bagi memastikan pelaksanaannya berjaya dan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Kumpulan Kibing melabur lebih RM3 bilion dalam kilang pemprosesan pasir silika dan kilang pembuatan kaca solar yang menjana 1,800 pekerjaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Syarikat itu turut menambah barisan pengeluarannya yang ketiga kepada kemudahan sedia ada di KKIP yang mewakili pelaburan tambahan dengan anggaran bernilai RM700 juta serta mewujudkan kira-kira 600 peluang pekerjaan tambahan.

Kilang pembuatan SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd pada masa ini mengeluarkan 1,200 tan kaca solar setiap hari, yang akan digandakan kepada 2,400 tan sehari bulan ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular