HomeUtamaPeruntukan RM500,000 diperlukan baiki bangunan SMK Gadong

Peruntukan RM500,000 diperlukan baiki bangunan SMK Gadong

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Peruntukan sebanyak RM500,000 diperlukan untuk menyelenggara beberapa bahagian kerosakan pada salah satu blok bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ecxo Agama serta Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, permohonan peruntukan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi esok.

“Kita sudah melihat tempat yang perlu kita selesaikan masalahnya, kita akan mengutamakan penyelenggaraan atap di bangunan ini dan ini keutamaan kita sementara itu pengarah Jabatan Pendidikan Sabah akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Ekonomi esok.

“Kita minta agar penyelenggaraan ini dilaksanakan dengan segera sebaik saja ada peruntukan. Peruntukannya lebih kurang RM500,000,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan ke sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Bangunan sekolah dua tingkat itu terdiri enam kelas yang boleh menempatkan kira-kira 65 orang pelajar tingkatan enam.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, untuk bangunan SMK Gadong, peruntukan yang dipohon untuk tujuan penyelenggaraan bumbung namun secara keseluruhannya bangunan ini masih boleh digunakan.

“Untuk SMK Gadong ini seperti yang dinyatakan tadi kami di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan kemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Ekonomi tujuan penyelenggaraan bumbung bangunan ini.

“Kita dapati bahawa secara keseluruhannya bangunan ini masih kukuh cuma itu saja dan saya berharap supaya anak-anak sebenarnyapun kena disediakan pelan alternatif pengajaran dan pembelajaran (PDP) mereka supaya terus berjalan.

Arifin bersama Raisin melawat pelajar tingkatan enam sedang menjalankan PDP di SMK Gadong.

“Keutamaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ialah anak-anak ini masih dapat belajar degann baik menggunakan kemudahan-kemudahan bilik darjah.

“Kami juga telah melawat seramai 42 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 2 tadi dan mereka melaksanakan PDP dengan baik,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular