HomeUtamaCubaan seludup minuman keras berjumlah lebih RM2.2 juta tumpas

Cubaan seludup minuman keras berjumlah lebih RM2.2 juta tumpas

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan enam kontena berisi minuman keras bernilai lebih RM480,000 dengan anggaran duti serta cukai berjumlah lebih RM2.2 juta dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada 10 Mei lalu hasil analisa risiko daripada Unit Pemeriksaan Kontena dan aduan awam yang diterima, sepasukan serbuan yang terdiri daripada anggota dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah membuat pemeriksaan ke atas dua puluh buah kontena kerana disyaki berisi minuman keras melalui Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua kontena tersebut telah mendapati sebanyak enam buah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

“Anggaran nilai adalah sebanyak RM484,788.00, manakala anggaran jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM2,264,476.40. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 2,749,264.40,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, modus operandi bagi kes ini adalah membuat pengikraran palsu di dalam manifes laitu dagangan diikrar sebagai hand tools, aluminium fittings, driller, stove, chain, fishing net, lighting bulb, dan aluminium plate.

“Pengkikraran palsu ini dibuat adalah untuk tujuan penyeludupan dan sekaligus mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 52 dan 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya.

Justeru beliau menggesa orang ramai agar membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain- lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular