HomeUtama32 premis makanan dikenakan kompaun gagal patuh syarat lesen dan kebersihan

32 premis makanan dikenakan kompaun gagal patuh syarat lesen dan kebersihan

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Sepanjang bulan Mei 2024, sejumlah 32 kompaun telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada premis makanan yang gagal mematuhi syarat lesen dan kriteria dalam pemeriksaan kebersihan premis makanan.

Kompoun yang dikenakan melibatkan akta di bawah Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan) 1966 dan dua kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Robert B. Lipon berkata antara kesalahan tersebut adalah pengusaha premis gagal memasang perangkap lemak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pengendali makanan tidak memiliki sijil kesihatan yang sah, pengusaha premis gagal menyelenggara perangkap lemak dengan baik, pengusaha premis menjalankan aktiviti memasak dan penyediaan makanan di kawasan kaki lima, pengendali makanan gagal memakai kad pengendali makanan semasa bekerja, menjalankan perniagaan dengan lesen tamat tempoh dan menyalurkan air sisa dari tempat memasak di dapur ke parita wam.

Selain itu, katanya, 49 Notis Arahan Penambahbaikan turut dikeluarkan kepada pengusaha premismakanan untuk memperbaiki dan menambah baik kebersihan dan keteraturan premis mereka serta cara-cara pengendalian dan penyimpanan makanan yang betul dan pematuhan kepada syarat-syarat lesen.

“Dalam siri pemeriksaan ini, sebanyak 220 buah premis makanan telah diperiksa sepanjang bulan Mei 2024 melibatkan 53 lokasi di seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penarafan bintang tandas premis makanan juga telah dijalankan, yang mana sebanyak 59 buah premis telah mendapat 3 Bintang ke atas, 70 buah premis telah mendapat 2 Bintang ke bawah manakala 38 buah premis lagi tidak mempunyai tandas untuk dinilai.

“Pengusaha premis makanan dinasihatkan agar membuat penambahbaikan untuk meningkatkan tahap kebersihan dan fasiliti tandas premis mereka,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ini turut mendapati sejumlah 66 buah premis makanan telah menjalankan kawalan makhluk perosak (pest control) manakala 101 buah premis makanan lagi belum menjalankan kawalan makhluk perosak di premis mereka.

“Pengusaha yang belum menjalankan kawalan makhluk perosak di premis mereka dinasihatkan untuk menjalankan kawalan makhluk perosak secara berkala,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular