HomeUtamaLandskap Baharu Pendidikan JPNS bantu tingkat GPN SPM di negeri ini

Landskap Baharu Pendidikan JPNS bantu tingkat GPN SPM di negeri ini

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Landskap Baharu Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang dilancarkan awal tahun ini berjaya membantu meningkatkan Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah 5.00. 

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, meskipun tidak mencapai angka GPN dibawah 4.00, namun pihaknya tetap berbangga dengan pencapaian yang dicapai khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah.

“Sesuai dengan landskap baharu JPNS yang telah kita lancarkan dimana kita mahu supaya GPN SPM Sabah dapat kita anjak dari angka lima kepada angka empat.

“Alhamdulilah berkat usaha bersungguh-sunguh walaupun kita tidak capai 4.99 yang kita harapkan tetapi kita berjaya mencapai GPN agak tinggi iaitu 5.22 pada 2022 menjadi 5.09 pada tahun lalu.

“Lebih menggembirakan kita di JPNS apabila bilangan PPD yang mencapai dibawah 5.00 juga meningkat dimana sebelum ini hanya empat PPD tetapi selepas kita lancarkan landskap itu dalam konteks keputusan SPM, bilangan PPD telah menjadi lapan buah PPD dibawah 4.99,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Raisin berkata, pihaknya turut yakin bahawa PPD yang mencapai GPN dibawah 4.99 telah mengenal pasti amalan terbaik yang dilaksanakan disekolah.

“Saya amat yakin usaha kita untuk berkongsi pengalamam dan tindakan serta pendekatan dengan PPD yang lain maka angka 4.99 akan dapat dicapai di Sabah,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Raisin berkata, daripada 35,126 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendaftar peperiksaan SPM, seramai 484 calon memperoleh keputusan  cemerlang (gred A+,A,A-) Dalam semua mata pelajaran tahun lalu.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding 344 calon pada tahun 2022.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada 29 buah sekolah hang menerima Anugerah Sekolah 100 peratus layak mendapat sijil.

“Diharapkan kecemerlangan ini tidak berakhir di sini sahaja.  Teruskan kecemerlangan ini sampai bila-bila,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular