HomeUtamaLPPB, Cepat Hebat Sdn Bhd meterai Perjanjian Usahasama Cadangan Pembangunan Kg Air,...

LPPB, Cepat Hebat Sdn Bhd meterai Perjanjian Usahasama Cadangan Pembangunan Kg Air, Semporna

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited memajukan pembangunan di daerah Semporna dengan termeterainya Perjanjian Usahasama antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan Cepat Hebat Sdn Bhd (Cadangan pembangunan atas tanah LPPB Kampung Air, Semporna) di sini, hari ini.

Projek pembangunan yang menelan kos keseluruhan sejumlah RM478 juta itu melibatkan tanah seluas 21 ekar termasuk pembinaan suite komersial 564 unit, lot kedai 101 unit dan hotel 544 bilik.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata perjanjian usahasama tersebut adalah sangat bagus untuk pembangunan memajukan kawasan Semporna.

“Perjanjian ini akan membangunkan kawasan di Semporna, saya fikir ini adalah perkembangan yang sangat bagus yang mana kita akan memajukan Semporna dengan pembinaan dua buah hotel iaitu sebuah bertaraf 3 bintang dan dua buah bertaraf 4 bintang serta ruang pejabat dan hypermarket.

“Ini merupakan pembaharuan peningkatan pembangunan di dalam pekan Semporna,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis perjanjian tersebut.

Dr Joachim berkata, projek pembangunan ini adalah bertepatan dengan keperluan di daerah itu kerana Semporna merupakan salah satu destinasi menarik tumpuan pelancong.

“Seperti yang kita lihat, Semporna adalah salah satu destinasi menarik iaitu tumpuan pelancong yang paling ramai, jadi usaha kerajaan ini adalah untuk memberikan sesuatu keperluan yang diimpikan oleh pelancong dengan adanya kemudahan hotel yang terbaik di Semporna,” katanya.

Menurut Dr Joachim, projek tersebut akan memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan namun beberapa perkara harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek berkenaan.

“Proses untuk pembinaan sudah tersedia namun berapa lama proses memulakan projek mungkin mengambil masa kerana kawasan yang dikenal pasti buat masa ini dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan dan kita perlu mencari satu tempat untuk rumah setinggan ini.

“Kita akan mencari semua penghuni tempatan di tapak projek tersebut dan kita akan mencari tapak baharu kepada mereka iaitu di lokasi perkampungan ataupun sebuah penempatan yang sewajarnya untuk mereka.

“Bancian awal dan rekod tidak rasmi setakat ini menunjukkan ada seramai 200 lebih penduduk tempatan yang berdokumen di Kg Air berkenaan.

“Penduduk tersebut akan dipindahkan ke Kampung Tagayan iaitu tapak penempatan semula setinggan dan cadangan tapak ialah seluas 44 ekar. Cadangan penempatan ini adalah untuk 500 lot,” jelas beliau.

Menandatangi Perjanjian Cadangan Usahasama Pembangunan komersial di atas tanah dan kampung air di Semporna, LPPB diwakili Datuk Masiung Banah dan Rosemary Ahping manakala Cepat Hebat Sdn Bhd diwakili Wilson Chon dan Goh Thian Teck.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular