HomeUtamaTindakan tegas diambil terhadap individu bina rumah atas tanah Kerajaan tanpa kebenaran

Tindakan tegas diambil terhadap individu bina rumah atas tanah Kerajaan tanpa kebenaran

Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang ingkar dan membina semula rumah di kawasan penempatan (setinggan haram) atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam yang terlibat dengan kejadian kebakaran baru-baru-baru ini.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, penempatan itu merupakan penempatan yang tidak diiktiraf dan ianya bakal berdepan dengan tindakan perobohan seperti yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil (Bangunan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1951. 

“Pada masa sama, DBKK juga akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak atau individu yang membina rumah atau sebarang struktur di atas tanah kerajaan, mahupun tanah milik individu, tanpa kelulusan pihak berkuasa. 

“Penempatan seumpama ini merupakan penempatan yang tidak diiktiraf dan tindakan pengusiran serta perobohan akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang ditetapkan,”‘ menurut kenyataan itu di sini hari ini.

DBKK juga akan turut membuat siasatan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang bertindak sebagai orang tengah dalam mengurus atau meluluskan penempatan baharu di dalam kawasan pentadbiran Bandaraya Kota Kinabalu.

Tambah kenyataan itu,  penglibatan orang tengah dalam memberi kelulusan ke atas mana-mana penempatan baharu tidak pernah diiktiraf oleh DBKK sebelum ini dan ianya merupakan satu kesalahan undang-undang. 

“Orang awam yang mempunyai maklumat  berhubung penglibatan mana-mana orang tengah dalam pengurusan penempatan baharu bolehlah melaporkan kepada DBKK di talian 088-521800.

“DBKK akan terus menyokong pendekatan harmoni kerajaan dalam pemantauan serta pelaksanaan inisiatif-inisiatif pengurusan setinggan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk warga Bandaraya Kota Kinabalu

“Ianya merupakan satu usaha kolektif dan tindakan bersepadu bersama agensi-agensi yang berkuat kuasa,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, DBKK berkata, masalah setinggan ketika ini dilihat masih berterusan dan ianya perlu diberikan perhatian yang pesat.

Menurutnya,  jumlah kawasan setinggan yang semakin memuncak juga telah membawa kepada peningkatan masalah sosial yang kritikal serta sistem prasarana yang tidak teratur sehingga membawa kepada pemasangan pendawaian haram, kecurian air dan sebagainya.

Baru-baru ini, sejumlah 15 buah rumah setinggan jenis tidak kekal di kawasan penempatan (setinggan haram) atas air bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam terbakar dipercayai berpunca akibat litar pintas ketika operasi perobohan rumah setinggan oleh pihak berkuasa dilakukan.

Justeru, DBKK  menyatakan ketegasan dan larangan kepada semua penduduk yang terkesan untuk tidak membina semula rumah mereka di kawasan yang sama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gajah betina umur 5 tahun mati jatuh gaung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular