HomeUtamaPerhimpunan #KamiMahuAir Sabah bermotifkan politik, meraih perhatian media - Shahelmey

Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah bermotifkan politik, meraih perhatian media – Shahelmey

Read Time:2 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah dilihat bukan bertujuan untuk tuntutan isu menyelesaikan masalah air semata-mata tetapi bermotifkan politik, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey berkata demikian kepada pemberita semasa menyaksikan lebih 80 peserta perhimpunan mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat Ketua Menteri, di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Peserta perhimpunan terdiri daripada mahasiswa dan orang awam berhasrat untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini.

“Situasi hari ini kalau kita lihat daripada ayat-ayat yang mereka lontarkan nampak sekali tuntutan air itu hanya sebagai alasan untuk membuat demonstrasi.

“Kalau kita tengok ayat-ayat seterusnya lebih bermotifkan politik, saya pun tidak tahu apa tujuan motif politik yang mereka cuba sampaikan.

“Saya diwakilkan oleh Ketua Menteri untuk menerima memorandum mereka pada petang ini, namun demikian apa yang dimaklumkan oleh pihak polis yang telah berhubung dengan ketua demonstrasi ini mereka enggan memberi memorandum ini kepada saya dan mereka mahu memberikan hanya kepada Ketua Menteri,” kata Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya.

Tambah beliau lagi, peserta perhimpunan itu juga dilihat sebagai mahu meraih perhatian pihak media sahaja.

“Bagi saya, saya hanya rakyat biasa, saya mendengar apa yang mereka suarakan tapi memandangkan mereka tidak ada hormat kepada orang yang mendengar suara mereka.

“Mereka lebih menjurus kepada meneruskan permainan mereka untuk menarik perhatian media,” ujarnya.

Katanya, pihak kerajaan sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

“Tindakan kita untuk menstabilkan bekalan air, tekanan air yang ada di kawasan Pantai Barat Sabah dan juga seluruh Sabah.

“Sebagai Menteri Kerja Raya dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) juga di bawah saya, kita sedang melaksanakan program-program bekalan air yang ada seperti di Tawau kita sedang membina empangan, di Lahad Datu loji rawatan air juga sedang dibuat, di Sandakan kita sedang pulihkan bekalan air.

“Jadi isu bekalan air ini bukan ertinya cakap hari ini esok tersedia dan ianya memerlukan masa yang agak munasabah, jadi kita memerlukan kerjasama semua pihak pegawai-pegawai Jabatan Air dan juga rakyat dalam usaha ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata situasi perhimpunan yang diadakan hari ini adalah terkawal.

“Situasi terkawal, mereka cuma berhasrat untuk menyampai memorandum kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, tetapi beliau tiada di pejabat, itu sebab beliau wakilkan kepada Datuk Shahelmey untuk menerima memorandum daripada mereka.

“Tadi Datuk Fairuz Renddan ada call saya, kalau mereka bersetuju pada minggu depan Datuk Seri Hajiji sanggup berjumpa dengan mereka untuk menerima memorandum tersebut.

“Setakat ini alhamdulillah, mereka (peserta perhimpunan) pun duduk di situ saja kita bagilah peluang mereka menyuarakan hasrat mereka, memanglah mereka ini tidak ada kebenaran, kita akan menangani situasi ini, kita akan berbincang dengan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Kasim, pihak polis boleh membuka kertas siasatan mengenai perhimpunan tersebut yang tidak mempunyai permit mengadakan perhimpunan.

“Tindakan boleh dikenakan di bawah akta Perhimpunan Aman, nanti kita siasat penganjur mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kordinator Sekreteriat Perhimpunan, Mohammad Norhamdin Nordin ketika ditemui media hari ini berkata, enam tuntutan yang terkandung dalam memorandum yang akan disampaikan kepada Ketua Menteri hari ini.

“Antara tuntutan itu iaitu pertama tuntutan asas, kami mahu air. Ini yang menyebabkan orang berhimpun hari ini. Kedua, campur tangan kerajaan persekutuan membantu kerajaan Sabah secepatnya. Ketiga, menggesa campur tangan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Keempat, memastikan segala kepincangan dan karenah birokrasi Jabatan Air Sabah dapat diselesaikan. Kelima, mereka mahu kerajaan Sabah telus dengan masalah sebenar Sabah dan keenam, menggesa rombakan ke atas individu-individu yang berkaitan di Jabatan Air Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular