HomeSukanPiala FA : Dua tonggak Sabah FC dijangka tidak dapat diturunkan esok

Piala FA : Dua tonggak Sabah FC dijangka tidak dapat diturunkan esok

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Dua tonggak utama Sabah FC Gabriel Perez dan Darren Lok kemungkinan besar tidak dapat diturunkan pada saingan Piala FA menentang Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers FC) di Stadium Likas, malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya akan melihat tahap kecergasan kedua-dua pemain pada hari ini sebelum membuat keputusan untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain lain mengisi kekosongan ditinggalkan mereka. 

Katanya, ketiadaan mereka ini sudah tentu akan memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk menunjukkan keupayaan serta prestasi sekali gus memastikan Sabah FC mara ke peringkat seterusnya.

“Kita mahu semua pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa, di samping dapat menunjukkan kualiti dan mutu permainan membanggakan sekali gus memastikan prestasi semasa mereka dapat dipertingkatkan ketika perlawanan sedang berlangsung.

“Jika gagal menunjukkan prestasi yang baik kemungkinan besar mereka akan ketinggalan dengan pemain-pemain lain, berikutan terdapat beberapa kekosongan posisi ditinggalkan pemain utama. 

“Saya juga akan meneliti beberapa posisi yang lain untuk diisi segera, sekiranya kecederaan beberapa pemain utama masih berpanjangan bagi meneruskan perjuangan kita dalam saingan Liga Super,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika mengulas mengenai persiapan menjelang perlawanan esok, Kim Swee berkata selepas kembali dari Jakarta, Indonesia tempoh hari, ini merupakan perlawanan pertama skuad badak di laman sendiri di Stadium Likas Kota Kinabalu.

“Kita memberikan tumpuan lebih kepada perlawanan Piala FA..Ini kerana ia merupakan satu pertandingan cukup penting bagi Sabah FC sekali gus berharap harap kita mampu memperoleh keputusan positif pada malam esok.

“Sabah FC akan meneruskan momentum untuk memberikan peluang kepada para pemain yang beraksi di Jakarta tempoh hari untuk diturunkan namun bergantung kepada situasi perlawanan,” katanya.

Menurutnya, beliau akan menentukan siapa yang bakal diturunkan atau diletakkan di bangku simpanan, bergantung kepada keadaan permainan ketika perlawanan sedang berlangsung malam esok. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular