HomeIsu tempatanBandaran Berjaya dipilih lokasi ketiga pelaksanaan SPSS

Bandaran Berjaya dipilih lokasi ketiga pelaksanaan SPSS

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu: Bandaran Berjaya di sini telah dipilih sebagai lokasi ketiga pelaksanaan Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) yang membolehkan penduduk atau pengusaha premis melupuskan sisa sampah terus ke lori pengutipan mengikut jadual ditetapkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Robert Lipon berkata, sistem yang dikuatkuasakan bermula hari ini akan membuat menerimaan sampah dua kali sehari dan penduduk atau pengusaha premis diberi masa 20 minit untuk tujuan pelupusan sampah masing-masing.

“Terdapat dua kawasan di sekitar Bandaran Berjaya yang dikenal pasti sebagai tempat penerimaan sampah, iaitu berhampiran Toojou Kota Kinabalu, yang beroperasi jam 6.30 pagi sehingga 6.50 pagi dan 6.30 petang sehingga 6.50 petang,

“Selain itu, kawasan berhampiran Hotel Shang-ri La Kota Kinabalu turut dilaksanakan bermula jam 7 pagi sehingga 7.20 pagi dan 7 malam sehingga 7.20 malam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Robert berkata, SPSS telah mula diperkenalkan pada 1 Januari 2020 di Kampung Air, sebelum diperluaskan ke Medan Selera Anjung Senja pada 01 April 2023.

Katanya, tahap keberkesanan SPSS dapat dilihat menerusi peningkatan ketara dari aspek kerjasama penduduk bandar untuk melupuskan sampah secara bertanggungjawab serta tahap kesedaran pengurusan sampah lebih efektif, yang menyumbang kepada pencapaian misi Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya yang bersih, hijau dan berdaya huni.

“Susulan pelaksanaan sistem ini, antara impak positif yang dapat dilihat adalah tiada sampah bertaburan dan berbau busuk, tiada tumpahan air larut resapan, tiada sampah diselongkar, tiada perbuatan vandalisme tong sampah dan berkurangnya pembiakan tikus.

“Pematuhan SPSS ini akan dikuatkuasakan oleh DBKK dari masa ke masa. Pengusaha atau penduduk yang didapati membuang sampah di luar masa yang ditetapkan akan dikenakan kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) (Anti Litter) 1984, Pindaan 2005.

“Nilai kompaun yang ditetapkan adalah tidak kurang dari RM20 dan tidak melebihi RM500 bagi setiap kesalahan.

“Warga Kota Kinabalu diseru untuk sentiasa menjaga kebersihan bandar raya dan membuang sampah dengan penuh tanggungjawab. Masyarakat juga digalakkan untuk mengamalkan kitar semula dan menjaga alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular