HomeIsu tempatan40 peserta sertai beberapa kursus tajaan JPSM di DUN Lumadan

40 peserta sertai beberapa kursus tajaan JPSM di DUN Lumadan

Read Time:1 Minute, 2 Second

Beaufort : Seramai 40 peserta terdiri dari golongan B40 sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan menyertai beberapa kursus tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di sini kelmarin.

Antara kursus yang diadakan adalah seperti Kursus Ternakan Udang; Kursus Ternakan Ikan Air Tawar dan Kursus Jahitan Baju Kurung dan Skirt yang dikendalikan oleh beberapa agensi dan syarikat yang dilantik JPSM.

Majlis perasmian penutuoan dan penyampaian sijil disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, program itu merupakan salah satu usaha bagi memberi kemahiran kepada golongan B40 agar mereka dapat melakukan aktiviti sebagaimana mereka mengikuti kursus tersebut.

“Sudah tentu kita akan melihat mereka dapat menjana ekonomi keluarga, inilah sebenarnya usaha kerajaan kita menyasarkan kepada golongan B40 untuk menoktahkan miskin tegar, dan salah satu usaha kita memberi kursus kemahiran.

“Saya berharap para peserta dapat menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi selama mengikuti kursus ini untuk kembangkan lagi kemahiran sedia ada,” katanya.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya turut mengucapkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan kursus yang dijalankan.

Daripada jumlah peserta yang menyertai, 20 peserta adalah peserta Kursus Jahitan Baju Kurung dan Skirt; 10 peserta Kursus Ternakan Udang dan 10 lagi peserta Kursus Ternakan Ikan Air Tawar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular