HomeUtama9 individu tanpa dokumen ditahan dipercayai sertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah

9 individu tanpa dokumen ditahan dipercayai sertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan sembilan individu tanpa dokumen dipercayai menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah yang dianjurkan Suara Mahasiswa pada Jumaat.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, mereka ditahan pada jam 5.10 petang berhampiran dengan lokasi perhimpunan di tepi jalan besar Tun Fuad Stephen, berhadapan Tanjung Lipat.

“Dalam pemeriksaan tersebut sembilan orang telah ditahan terdiri daripada empat orang perempuan dan lima orang lelaki kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Turut ditahan pemandu van berkenaan kerana melindungi penumpang terbabit. Van berkenaan juga turut dirampas,” katanya dalam satu kenyatan di sini.

Menurutnya, tahanan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat, dipercayai mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada peserta perhimpunan #KamiMahuAir Sabah.

“Walaubagaimanapun siasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan bukti penglibatan mereka di dalam perhimpunan tersebut.

“Kesemua sembilan individu berkenaan telaih ditahan reman untuk siasatan selanjutnya di bawah Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pam rosak, paip pecah punca gangguan air di Putatan dan sekitar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular