HomeUtamaBekalan bahan mentah mencukupi menjelang Hari Raya Aidiladha

Bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Hari Raya Aidiladha

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Bekalan bahan mentah bagi barangan keperluan persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut umat Islam esok adalah mencukupi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata, ia termasujlah barangan keperluan utama seperti daging, ayam, telur, kelapa dan beberapa keperluan lain.

“Pada hari ini saya bersama sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN mengadakan pemeriksaan dan tinjauan bekalan keperluan terutama barang yang biasa digunakan pada Hari Raya Haji.

“Jadi pemantauan bekalan bahan mentah khususnya di Pasar Besar Kota Kinabalu ini adalah memang mencukupi untuk keperluan pengguna,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan dan pemeriksaan barang keperluan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini pagi tadi.

Georgie berkata, pemeriksaan yang dijalankan itu adalah bagi memastikan harga bahan mentah tidak dinaikkan sesuka hati disamping bagi memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi keperluan permintaan yang tinggi.

“Pemeriksaan kali ini kita memberi tumpuan kepada gerai sayur sayuran, ayam, telur, daging, kelapa parut dan santan yang merupakan antara barangan keperluan dalam sambutan Aidiladha.

“Tinjauan mendapati bekalan bahan mentah adalah mencukupi dengan harga jualan pada tahap normal, tanpa sebarang kenaikan harga,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular