HomeIsu tempatan106 beg darah berjaya dikutip sempena Hari Penderma Darah Sedunia

106 beg darah berjaya dikutip sempena Hari Penderma Darah Sedunia

Read Time:1 Minute, 37 Second

Beaufort: Sebanyak 106 beg darah berjaya dikutip pada sambutan Hari Penderma Darah Sedunia ke-20 yang diadakan di Dewan Arena Belia dan Sukan Negeri Sabah di sini semalam.

Program tu dianjurkan bersama Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort dan Persatuan Suara Belia Beaufort dengan kerjasama Hospital Beaufort dan Persatuan Skuad Ar-Rayyan Sabah.

Pengarah Hospital Beaufort, Dr Sutharsan a/l Kannan berkata, pihaknya menggesa agar lebih ramai lagi pihak tampil untuk menderma darah sekaligus menjadi penderma darah yang konsisten.

Katanya, ia adalah bagi menjamin bekalan darah sentiasa mencukupi bagi rawatan pesakit  yang sedang menerima rawatan di hospital.

“Tahniah juga diucapkan kepada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat aktif membantu usaha menggalakkan penderma darah untuk lebih ramai cakna dan menderma.

“Program kali ini penanda aras bahawa di daerah Beaufort ini, persatuan, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan aktif mengadakan program pendermaan darah malah melihat program derma darah sebagai satu pengisian dalam program yang mereka anjurkan,” katanya.

Dr Sutharsan berkata, penduduk di daerah ini sentiasa terkenal dengan sifat pemurahnya dan mudah untuk menderma darah.

Katanya, difahamkan ketika pandemik dan pasca pandemik, para penderma darah masih tetap aktif menderma darah di Tabung Darah Hospital Beaufort malahan ada juga yang berusaha untuk hadir menderma pada kempen- kempen derma darah tertutup yang dianjurkan persatuan-persatuan dan organisasi swasta di Beaufort.

Pada program yang sama, Pengerusi Persatuan Persahabatan Hung Men Beaufort,  Phang  Yok  Suan  melihat  bahawa  penganjuran  program  derma  darah merupakan salah satu kaedah untuk memperkenalkan kepada masyarakat peranan persatuan yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti khidmat sosial.

Malah katanya, malah ianya turut memberi kesan positif kepada ahli-ahli persatuan agar sentiasa akrab dengan penduduk yang berbilang kaum di daerah ini.

Untuk rekod, Persatuan tersebut telah mengadakan sebanyak tujuh kali program pada tahun ini dan melibatkan beberapa lokasi antaranya Pekan Weston, Kg.Bukau, Pekan Beaufort serta beberapa lokasi lain dan telah berjaya mengutip sebanyak 670 beg darah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sistem solar bantu tingkat kesejahteraan komuniti luar bandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular