HomeUtamaMantan Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Mantan Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad, meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Anaknya, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad berkata, ibunya meninggal dunia dengan tenang di kediamannya pada 16 Jun, hari ini.

“Dengan penuh rasa dukacita saya mengumumkan pemergian ibu tercinta, Datuk Ariah Tengku Ahmad, yang meninggal dunia dengan tenang di kediamannya hari ini (Ahad), 16 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

“Ariah, yang dikenali oleh kawan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Allahyarham Brig. Jen. Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin, ibu kepada Fuad, ibu mentua kepada Shirley dan nenek kepada Adam, Alexander dan Anthony,” katanya.

Fuad menyifatkan kehidupan ibunya sebagai satu perbezaan dan perkhidmatan.

Allahyarhamah pernah mengetuai Pasukan Olahraga Jesselton, dinobatkan sebagai Miss Jesselton 1956, seorang juruhebah radio, wartawan, ADUN Kawang, Menteri Perkhidmatan Sosial dan Timbalan Ketua Menteri, antara lain.

“Tetapi yang paling penting, dia adalah ibu dan nenek yang luar biasa yang kami semua sayangi dan akan sangat merinduinya,” katanya.

Jenazah Allahyarhamah Datuk Ariah akan dikebumikan di Taman Memorial Tun Mustapha di Putatan dekat sini.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular