HomeUtamaKeputusan Mahkamah Rayuan, Artikel 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan, berkepentingan perlembagaan tinggi

Keputusan Mahkamah Rayuan, Artikel 112C & 112D Perlembagaan Persekutuan, berkepentingan perlembagaan tinggi

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata, pihaknya memuji keputusan pihak Mahkamah Rayuan (COA) pada hari ini dalam mengekalkan kedudukan pihak Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berkenaan dengan Geran Pemberian Khas 40% yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Pihak Mahkamah Rayuan dalam menolak rayuan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan (FAGC) telah tidak bersetuju dengan kenyataan daripada pihak mereka bahawa SLS tidak mempunyai “locus standi” atau bahawa perkara itu adalah “non-justiciable”.

“Tiada sebarang kos yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Rayuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Brenndon, adalah penting untuk merekodkan bahawa sebelum menyampaikan keputusan itu.

“Pihak Kerajaan Negeri Sabah (yang diwakili oleh Peguam Besar Negeri Sabah dan saya sendiri) telah diminta dan telah pun mengesahkan pendiriannya secara lisan iaitu isu perlembagaan yang penting ini harus diselesaikan sepenuhnya berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif permohonan oleh SLS di Mahkamah Tinggi.

“Sebagai tambahan, kami juga telah mengesahkan bahawa kami telah menarik balik penyerahan awal (earlier submission) yang dibuat pada 16 Mei 2024.

“Oleh itu, pihak kami tidak menyokong rayuan yang dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan kebenaran kepada SLS.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi.

“Seperti yang telah dinyatakan oleh pihak Mahkamah Rayuan, ini merupakan kepentingan perlembagaan yang tinggi (High Constitutional Importance) dan adalah wajar untuk ditafsir secara kehakiman dan ditetapkan sebagai perkara kepentingan awam (public interest),” ujarnya.

Tambah beliau lagi, dalam masa yang sama dan secara berasingan, sesi perundingan diantara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan adalah dijangka berterusan mengenai dengan Pemberian Khas Hasil Bersih 40% di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dipersetujui mengikut “interim arrangement“ diantara kerajaan masing-masing.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular