HomeUtamaSuspek lelaki tempatan bersama lebih 4kg syabu ditahan

Suspek lelaki tempatan bersama lebih 4kg syabu ditahan

Read Time:4 Minute, 33 Second

BELURAN: Polis berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan bersama lebih 4 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM130,304.00 dalam satu sekatan jalan raya di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh di sini pada 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supterintendan Hasan Majid berkata, kejayaan rampasan dan penahanan suspek dijalankan oleh sepasukan polis Pasukan Gerakan Am (PGA), Kompeni C, Batalion 20 Beluran, Daerah Beluran yang telah membuat tugas sekatan jalan raya di RCP Sapi Nangoh, Beluran.

Katanya, semasa dalam tugasan tersebut, anggota bertugas telah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu yang dinaiki oleh dua orang lelaki iaitu pemandu dan penumpang hadapan.

“Semasa pemeriksaan dibuat pada bonet kereta dengan disaksikan oleh suspek penumpang hadapan, telah melihat satu plastik warna hitam di tempat simpanan tayar dan setelah plastik tersebut diambil, tiba-tiba pemandu kereta yang berada di dalam kereta telah memecut kenderaan menghala ke arah jalan Telupid-ranau.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis di dalam plastik warna hitam tersebut telah menjumpai satu lagi plastik warna oren.

“Pemeriksaan dilakukan pada plastik warna oren pula telah menjumpai empat bungkusan plastik berwarna merah bertulis guanyinwang refined Chinese tea dimana setiap satu mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar bertulis 888 berisi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah anggaran berat kasar dadah adalah seberat 4072.00 gram bernilai RM 130,304.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditangkap dan barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang ditahan berumur lingkungan 43 tahun merupakan warganegara tempatan.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, usaha untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bernama Justin Vau Langat beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak sedang giat dijalankan.

Menurut Hasan, suspek dipercayai telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu no pendaftaran SYR 7763.

BELURAN: Polis berjaya menahan seorang suspek bersama lebih 4 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM130,304.00 dalam satu sekatan jalan raya di Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh di sini pada 14 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supterintendan Hasan Majid berkata, kejayaan rampasan dan penahanan suspek dijalankan oleh sepasukan polis Pasukan Gerakan Am (PGA), Kompeni C, Batalion 20 Beluran, Daerah Beluran yang telah membuat tugas sekatan jalan raya di RCP Sapi Nangoh, Beluran.

Katanya, semasa dalam tugasan tersebut, anggota bertugas telah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu yang dinaiki oleh dua orang lelaki iaitu pemandu dan penumpang hadapan.

“Semasa pemeriksaan dibuat pada bonet kereta dengan disaksikan oleh suspek penumpang hadapan, telah melihat satu plastik warna hitam di tempat simpanan tayar dan setelah plastik tersebut diambil, tiba-tiba pemandu kereta yang berada di dalam kereta telah memecut kenderaan menghala ke arah jalan Telupid-ranau.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak polis di dalam plastik warna hitam tersebut telah menjumpai satu lagi plastik warna oren.

“Pemeriksaan dilakukan pada plastik warna oren pula telah menjumpai empat bungkusan plastik berwarna merah bertulis guanyinwang refined Chinese tea dimana setiap satu mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar bertulis 888 berisi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah anggaran berat kasar dadah adalah seberat 4072.00 gram bernilai RM 130,304.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditangkap dan barang kes dirampas untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang ditahan berumur lingkungan 43 tahun merupakan warganegara tempatan.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah sek. 15(1)(a) adb 1952.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, usaha untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bernama Justin Vau Langat beralamat di Long Nahan, Baram, Sarawak sedang giat dijalankan.

Wanted Person… Suspek Justin Vau Langat

Menurut Hasan, suspek dipercayai telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga warna kelabu no pendaftaran SYR 7763.

Selain itu, katanya, suspek tersebut juga turut mempunyai rekod sebagai “wanted person” di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di IPD Nilai, Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Solahuddin Mohamad di talian 019-9810144 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran di talian 089-511222 dan boleh hubungi mana-mana balai polis yang terdekat.

“Pihak polis memberi amaran bahawa mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah adalah merupakan satu kesalahan di sisi undang – undang yang boleh dikenakan hukuman berat.

“Pihak polis turut mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama membanteras aktiviti melibatkan najis dadah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular