HomeUtamaESSCOM bakal lancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’

ESSCOM bakal lancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’

Read Time:1 Minute, 33 Second

Tawau : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bakal melancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’ dalam memastikan tahap keselamatan pengunjung khususnya pelancong yang datang ke perairan Pantai Timur negeri ini terus terjaga.

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, aplikasi itu membolehkan pengguna dapat berhubung terus dengan pusat operasi ESSCOM jika berlaku sebarang kecemasan.

“Pelancongan merupakan satu aset yang paling penting dan kita perlu pastikan pelancong yang datang itu selamat.

“Dalam tempoh terdekat, kita akan lancarkan satu aplikasi yang dinamakan ‘Friends Of Sabah’ dimana setiap pelancong ini akan muat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka dan jika berlaku kecemasan, mereka boleh tekan butang SOS.

“Maklumat yang kita terima akan sampai ke pusat operasi ESSCOM dan pegawai-pegawai saya akan melihat dan dimana keberadaan mereka, kita akan arahkan aset kita untuk memberikan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program libat urus dan sambutan Hari Raya Aidiladha ESSCOM bersama komuniti di Kampung Indera Sabah di sini semalam.

Majlis dirasmikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Victor berkata, tahap keselamatan di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada ketika ini berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

“Saya harapkan situasi ini berkekalan dan harapan saya pada penduduk komuniti ESSZONE ini untuk bersama-sama kita mempertahankan kedaulatan melalui kerjasama masyarakat yang boleh menjadi mata dan telinga kita,” katanya.

Dalam pada itu, Victor berkata, sebarang binaan struktur yang dibina khususnya di kawasan pulau-pulau Taman-Taman Sabah (TTS) perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Kawasan TTS ini terutama di perairan adalah paling cantik dan kita akan pastikan ianya kekal cantik.  Sebarang pembentukan yang dibuat secara haram perlu kita hindarkan.

“Jadi apabila kita membuat operasi bersama TTS dan majlis daerah, saya harapkan penduduk tempatan faham dan memberi bantuan kepada kita.  Kita tidak seharusnya mencemarkan alam sekitar di TTS dengan binaan struktur yang tidak diluluskan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular