HomeUtamaKKTP ketuai 'task force' kaji, selesai isu tapak pelupusan sampah PBT

KKTP ketuai ‘task force’ kaji, selesai isu tapak pelupusan sampah PBT

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, Kementeriannya akan mengetuai “task force” untuk mengkaji dan mencari penyelesaian tapak pelupusan sampah bersama dengan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Isu tersebut merupakan antara perkara-perkara yang dibangkitkan semasa siri lawatan kembara beliau ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu kelmarin (18 Jun).

Semasa lawatan ke PBT Kota Belud, Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II telah diberikan taklimat tadbir urus oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Ismail.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd. Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Bakri Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie; serta Ahli-ahli Majlis Daerah dan Pegawai-pegawai KKTP.

Antara perkara yang dibincangkan adalah isu tapak pelupusan sampah.

Semasa lawatan ke PBT Kota Marudu, Dr. Joachim dan rombongan telah diberikan taklimat Tadbir Urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Dr. Joachim (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama dengan Dr. Jamili (empat dari kiri) dan semua yang hadir ke lawatan kembara PBT Kota Marudu.

Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah bagi Kota Marudu tidak dapat menampung kuantiti/jumlah sampah yang dikutip oleh Majlis, selain laluan jalan ke pusat pelupusan rosak dan sukar dilalui apabila musim hujan dan perlu dinaik taraf.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan kembara Dr. Joachim ke semua PBT di Sabah yang bermula sejak awal tahun ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular