HomeUtamaRakyat diseru terap nilai kepedulian terhadap situasi keselamatan penduduk

Rakyat diseru terap nilai kepedulian terhadap situasi keselamatan penduduk

Read Time:1 Minute, 28 Second

Tawau : Rakyat di negeri ini diseru untuk menerapkan sikap kepedulian yang tinggi terhadap situasi keselamatan dan kesejahteraan di kawasan penempatan masing-masing.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,  sikap kepedulian itu mampu memelihara nikmat keamanan dan ketenteraman yang dikecapi di negeri ini.

“Kita tidak nafikan ancaman jenayah rentas sempadan akan sentiasa wujud namun saya yakin dengan kewibawaan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan pasukan keselamatan, ditambah pula dengan kerjasama daripada masyarakat di kawasan Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS Zone), tahap keselamatan akan sentiasa terjamin dan terkawal.

“Saya  juga yakin di bawah kepimpinan Datuk Victor Sanjos, melalui kekerapan operasi-operasi keselamatan yang dikoordinasikan oleh ESSCOM dan ‘show of presence’ bersama-sama pihak berkuasa lain telah menyumbang kepada peningkatan rasa selamat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Program Libat Urus dan Sambutan Hari Raya Aidiladha ESSCOM Bersama Komuniti Dengan Kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Apas di Kampung Inderasabah, di sini, semalam.

Hadir sama, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Apas, M Aziriansyah Ali.

Dalam pada itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Apas turut merakamkan ucapan syabas kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan di ESS Zone kerana telah mengekalkan rekod sifar insiden penculikan sejak 15 Januari 2020.

Katanya, jaminan keselamatan yang sedia wujud ini telah memberi impak sangat besar kepada peningkatan tahap ekonomi masyarakat ESS Zone melalui sektor perladangan, perdagangan dan pelancongan.

“Saban hari statistik penambahan pelancong di ESS Zone menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan ini membuktikan kehadiran ESSCOM mewujudkan persekitaran hidup lebih selamat.

“Justeru, saya menyeru penduduk Kampung Inderasabah supaya meneroka potensi produk pelancongan maritim yang baharu selain bergantung dengan hasil laut,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular