HomeSukanSabah FC II yakin mampu peroleh semula rentak permainan

Sabah FC II yakin mampu peroleh semula rentak permainan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC II yakin mampu memperoleh semula rentak permainannya menjelang pertemuan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, 24 Jun ini.

Ketua Jurulatihnya, Johnny Dominicus berkata, kehadiran beberapa pemain senior bersedia memperkuatkan pasukan merupakan bonus untuk memperoleh keputusan positif pada perlawanan tersebut.

Katanya, pelepasan beberapa pemain senior oleh Ketua Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee  akan dapat membolehkan Sabah FC II membawa tiga mata menjelang perlawanan itu nanti.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Datuk Ong Kim Swee yang sentiasa memberi kerjasama baik, secara tidak langsung kehadiran mereka akan dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi Sabah FC II.

“Perlawanan menentang PDRM FC ini sangat penting, kita sudah membuat persiapan rapi termasuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan untuk memastikan setiap kelemahan dapat diperbaiki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johnny berkata, tiada pemain dilaporkan mengalami kecederaan bersiap sedia untuk diturunkan sekali gus digandingkan dengan pemain senior untuk mencapai keputusan positif pada perlawanan itu nanti.

“Kita memang sudah bersiap sedia beraksi pada perlawanan ini, kita melihat pemain semakin hari semakin baik dan berharap momentum ini akan dapat terjemahkan ke perlawanan sebenar nanti.

“Sekiranya mereka dapat menunjukkan prestasi seperti mana ditunjukkan dalam sesi latihan serta beberapa siri perlawanan persahabatan Sabah FC II akan memberi cabaran kepada Pasukan PDRM FC,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular