HomeUtamaJKNS perkenal pelbagai inisiatif promosi amalan pemakanan sihat

JKNS perkenal pelbagai inisiatif promosi amalan pemakanan sihat

Read Time:1 Minute, 24 Second

Beaufort : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mempromosikan amalan pemakanan sihat di negeri ini.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, ia termasuklah program-program yang melibatkan perkhidmatan dan advokasi pemakanan dalam kalangan komuniti serta di institusi pendidikan.

“Kesemua program-program ini merupakan program yang inovatif dan menarik bagi menyampaikan maklumat pemakanan sihat.

“Di samping itu ianya juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan serta kesedaran mengenai gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kita khususnya di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan bulan pemakanan peringkat negeri Sabah di Dewan Pa’Musa di sini semalam.

Dr Asits berkata, bulan pemakanan Malaysia (NMM) merupakan salah satu aktiviti yang diilhamkan hasil kerjasama pelbagai pihak serta kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat.

Katanya, ianya juga adalah bagi mengurangkan prevelen penyakit tidak berjangkit di kalangan rakyat Malaysia.

“Sambutan bulan pemakanan sememangnya diadakan pada setiap tahun, dengan tema yang berbeza untuk sasaran kumpulan umur dan jantina yang berbeza.

“Namun, istimewanya tahun ini, tema yang dibawakan mempunyai lapan mesej yang bermakna untuk semua golongan yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat bermula daripada ibu hamil, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga warga emas,” katanya.

Antara lapan mesej utama itu adalah berkaitan dengan jalani saringan kesihatan secara berkala; amalkan suku-suku separuh dan pelbagaikan makanan anda; ganti separuh daripada bijirin dengan bijirin penuh; ambil tiga sajian sayur dan dua sajian buah setiap hari.

Selain itu, mesej yang lain termasuklah pastikan ada sumber protein haiwan dan protein tumbuhan dalam diet harian anda; makan makanan yang kurang garam, minyak dan gula; buat pembelian makanan secara bijak dan lakukan aktiviti fizikal 30 minit, sebaiknya setiap hari. – SABAH MEDIA / FOTO JKNS

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan Pemanah Junior KK juara Kejohanan Memanah MSS Sabah 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular