HomePolitikPCS terus perkukuh GRS, perjuang hak Sabah - Anifah

PCS terus perkukuh GRS, perjuang hak Sabah – Anifah

Read Time:2 Minute, 15 Second

PENAMPANG: Parti Cinta Sabah (PCS) berhasrat untuk memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) susulan penerimaan kemasukannya ke dalam Gabungan tersebut pada 22 Mei lalu.

Presidennya, Tan Sri Anifah Aman berkata, kerjasama antara parti komponen GRS akan meningkatkan suara kolektif dan kredibiliti semua parti komponen GRS termasuk PCS dalam membawa aspirasi dan perjuangan hak Sabah kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Persidangan Agung Empat-Tahunan PCS di International Technology & Commercial Centre (ITCC) Penampang, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Presiden 1, Datuk Pang Yuk Ming.

Sehubungan dengan itu, Anifah berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, kerana menerima PCS ke dalam GRS.

Dalam ucapan dasar beliau, beliau juga mengakui terdapat keraguan awal dan cabaran daripada pihak luar tetapi menegaskan komitmen PCS terhadap kestabilan politik Sabah dan hak rakyat Sabah.

“Walaupun terdapat laporan media sinis dan kebimbangan luar terhadap kemasukan kami ke dalam GRS, tetapi, apa yang kita tawarkan kepada GRS adalah kestabilan politik yang diterajui oleh parti-parti tempatan,” kata Anifah.

Mengimbau perjalanan PCS sejak beliau memimpin parti itu dari tahun 2020, Anifah menyatakan semangat juang parti itu masih utuh walaupun tidak memenangi Pilihan Raya Negeri dan beberapa pemimpin telahpun meninggalkan parti.

“Komitmen tidak berbelah bahagi PCS untuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak Sabah, khususnya pelaksanaan penuh Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selain kepentingan kemajuan ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur, menekankan bahawa matlamat ini hanya dapat dicapai jika hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan dipenuhi,” katanya.

Beliau turut mengulangi kewajipan Sabah untuk menerima 40 peratus daripada hasil Persekutuan yang dikutip di negeri ini, yang akan meningkatkan projek pembangunan tempatan dengan pesat.

Anifah juga turut memuji inisiatif kerajaan baru-baru ini yang sejajar dengan manifesto PCS sebelum ini, seperti usaha untuk menghalang lompat parti dalam kalangan wakil rakyat.

“Selain itu, kerjasama Kerajaan Negeri dengan Petronas untuk melibatkan syarikat milik negeri dalam penerokaan minyak dan usaha berterusan untuk menambah kerusi parlimen Sabah,” katanya.

Anifah yang juga Pengerusi Invest Sabah Berhad juga menyebut rancangan untuk membawa universiti asing ke Sabah, menyediakan peluang pendidikan berkualiti untuk belia tempatan dan memastikan biasiswa untuk pelajar-pelajar Sabah yang layak.

“Begitu juga program kerajaan untuk melatih dan menggaji belia miskin tegar sebagai usaha serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan,” tambah beliau.

Sebagai persediaan PCS untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada tahun 2025, Anifah menyeru semua ahli parti untuk memperkukuhkan jentera mereka dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau menggesa perwakilan untuk memilih pemimpin yang berpengalaman dan komited semasa persidangan tersebut bagi mengekalkan pengaruh parti dalam landskap politik Sabah.

“Kita mesti menegakkan prinsip ‘Sabah First’ untuk memastikan parti tempatan mentadbir Sabah demi manfaat generasi akan datang,” tegas Anifah.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular