HomeUtamaKerajaan komited perbaiki, tingkat sosioekonomi rakyat Sabah

Kerajaan komited perbaiki, tingkat sosioekonomi rakyat Sabah

Read Time:2 Minute, 1 Second

Beluran : Projek pembangunan Pasar Rakyat dua tingkat di sini merupakan satu lagi inisiatif Kerajaan dalam usaha memperbanyakkan lagi penyediaan kemudahan perniagaan kepada penduduk khususnya di daerah ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selepas hampir empat tahun pandemik COVID-19 melanda negara, kesannya dari segi sosial dan ekonomi masih lagi terasa sehingga kini.

Namun katanya, perkara itu tidak boleh  dijadikan sebagai alasan dalam mentadbir dan membangunkan negeri ini.

“Sebab itu, kerajaan negeri telah menggubal Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ)sebagai satu pelan dengan antara objektifnya untuk memulihkan semula ekonomi negeri ini.

“Selaras dengan Hala Tuju SMJ itu, kerajaan negeri juga komited dalam memperbaiki serta meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Oleh yang sedemikian, majlis pada hari ini, adalah bukti nyata komitmen kerajaan dalam memastikan objektif Hala Tuju SMJ dapat dicapai dengan menyediakan kemudahan perniagaan yang teratur dan selesa kepada usahawan Bumiputera di pelbagai daerah untuk menjana ekonomi rakyat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah bangunan Pasar Rakyat dua tingkat di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata,  pasar sedia ada sebelum ini menempatkan kira-kira 51 peniagayang merupakan lot gerai terbuka berbumbung yang dibina pada 2002.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan ia sudah tidak sesuai digunakan disebabkan telah usang, selain memerlukan kemudahan perniagaan yang lebih besar, teratur dan selesa bagi menempatkan peniaga yang semakin ramai.

“Justeru itu,     kerajaan          melalui Unit    Perancang Ekonomi    Negeri            (UPEN)           telah meluluskan        Pembinaan Bangunan Pasar Rakyat Dua Tingkat di Pekan Beluran dengan kos peruntukan sebanyak RM 2.5 juta dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Bangunan Pasar Rakyat ini yang lengkap dengan fasiliti dan kemudahan dijangkakan akan dapat membantu 70 orang peniaga tempatan dan memberikan keselesaan kepada masyarakat Beluran yang datang berkunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, bangunan itu akan menempatkan kemudahan lain seperti surau dan tandas dan ia dijangka siap pada Mei tahun depan.

“Oleh itu saya berharap pembangunan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Ia kerana  ini adalah antara usaha kerajaan bagi menaikkan taraf hidup serta meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat di daerah ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan galak lebih ramai golongan wanita ceburi bidang mencabar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular