HomeSukanPenggiat sukan bola jaring diseru sertai kursus kejurulatihan

Penggiat sukan bola jaring diseru sertai kursus kejurulatihan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Penggiat sukan bola jaring di negeri ini diseru untuk menyertai kursus pentauliahan yang diiktiraf bagi melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah di Sabah.

Presiden Persatuan Bola Jaring Sabah (SABANA), Chendramata Sinteh berkata, Sabah masih lagi kekurangan jurulatih bertauliah dan menyeru agar lebih ramai penggiat sukan tersebut mengikuti kursus diiktiraf oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) serta Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

“Selain daripada pembangunan atlet, jurulatih, pengadil dan pegawai teknikal juga merupakan antara fokus utama yang giat dilaksanakan oleh SABANA kerana mereka ini merupakan tulang belakang sukan bola jaring yang penting. 

“SABANA percaya dengan kepentingan pembangunan dari akar umbi, jurulatih dan pengadil perlu dipertingkatkan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih yang bertauliah sekali gus dapat membantu melahirkan atlet yang bertaraf elit.

“Kita akan bekerjasama dengan PBJM untuk terus menganjurkan kursus-kursus berkenaan di negeri Sabah,” katanya semasa Majlis Makan Malam Kutipan Dana SABANA 2024 di sini, kelmarin.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Pada majlis itu juga, Toh Puan Norlidah turut menyempurnakan penyampaian anugerah sukan bola jaring kepada dua jurulatih berpengalaman iaitu Doresia Lomongkok (Lesen B) dan Halleinah Tuanggaak (Lesen C).

Selain itu, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan Anugerah Pemain Malaysia kepada Nurirdina Sumaya Mohd Zaidi dan Anugerah Pengadil Badge B kepada Emma Nadia John.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan Pelan Strategik SABANA bagi tempoh 2023-2027 selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan serta disesuaikan dengan hala tuju sukan bola jaring Sabah.

SABANA komited untuk melaksanakan semua enam teras atau dimensi tindakan yang dirangka untuk mencapai visi persatuan iaitu sebagai platform memperkasa sukan bola jaring dan melahirkan atlet bertaraf kebangsaan serta antarabangsa.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala MFL : Alto ambil alih bimbing Sabah FC II, mahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular