HomeUtamaBanjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 100 orang

Banjir Membakut : Jumlah mangsa meningkat kepada 100 orang

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 mangsa banjir di daerah Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon setakat jam 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencan Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang dipindahkan itu melibatkan 40 buah ketua isi rumah (KIR).

“Setakat jam 8 pagi ini, seramai 100 mangsa telah dipindahkan ke PPS berbanding 99 mangsa pada 4 pagi tadi.

“Jumlah ini adalah melibatkan 40 buah KIR.  Dari jumlah mangsa dipindahkan, seramai 20 orang adalah lelaki dewasa; 36 perempuan dewasa dan masing-masing 22 untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pemindahan mangsa akibat banjir yang melanda Membakut adalah selepas daerah itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan yang turun berterusan.

Laporan Sekretariat JPBN Sabah menunjukkan trend banjir di Membakut adalah kekal. – SABAH MEDIA / FOTO APM BEAUFORT

RELATED ARTICLES
Utama

JANS aktifkan muka sauk di Madsiang, atasi gangguan bekalan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular