HomeIsu tempatanFPP UMS jayakan konsert muzikal kanak-kanak

FPP UMS jayakan konsert muzikal kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah menjayakan Konsert Muzikal Kanak-Kanak sebagai usaha memupuk minat kanak-kanak terhadap seni muzik sejak kecil lagi.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FPP, Prof. Madya Dr. Roslee Talip berkata, program itu merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan kanak-kanak tentang konsert muzik yang akan menjadi inspirasi bagi mencungkil minat dan memberi penghayatan terhadap seni muzik.

“Program ini dapat memperkenalkan seni muzik dan juga member peluang kepada kanak-kanak untuk memahami nilai seni muzik serta dapat membina kemahiran sosial yang lebih baik.

“Peranan pendidik dan ibu bapa serta orang yang berada di sekeliling kanak-kanak amatlah penting untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman sejak mereka kecil terhadap keterlibatan kanak-kanak dalam seni muzik.

“Hal ini kerana perkara ini walaupun dilihat kecil, tetapi sebenarnya dapat memberi impak yang besar kepada pencapaian dan prestasi kanak-kanak dalam membentuk individu yang cemerlang dan berwawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program konsert muzikal tersebut di Auditorium Pascasiswazah, UMS.

Beliau turut berharap persembahan tersebut dapat menjadi inspirasi dan membuka mata dan minda dalam memajukan seni muzik negara.

Terdahulu, Pengarah Program Konsert Muzikal, Atirah Faridi memberitahu, penganjuran program Konsert Muzikal Kanak-Kanak itu adalah bertujuan untuk menyediakan pengalaman muzik yang mendidik dan menghiburkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur.

“Dengan fokus untuk memperkenalkan muzik dan instrumen kepada kanak-kanak, konsert ini diharapkan dapat mencungkil minat dan penghayatan mereka terhadap seni muzik, serta dapat membantu menginspirasi kreativiti pelajar kepada kanak-kanak dengan memberi mereka peluang untuk mengekspresikan diri melalui seni dan muzik.

“Selain itu, konsert ini juga mampu membina apresiasi yang lebih mendalam terhadap seni muzik dan persembahan dengan menyediakan persembahan berkualiti dan bermakna,” katanya.

Ujar beliau, penerokaan terhadap dunia muzik secara langsung dapat membantu kanak-kanak mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai seni, sekali gus membantu dalam perkembangan individu serta membentuk hubungan sosial yang sihat.

Lebih 120 ibu bapa dan kanak-kanak hadir bersama bagi memeriahkan pelbagai acara yang berlangsung sempena konsert tersebut. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular