HomeUtamaParti Gagasan Rakyat perjuang, menoktahkan tuntutan hak Sabah MA63 - Amisah

Parti Gagasan Rakyat perjuang, menoktahkan tuntutan hak Sabah MA63 – Amisah

Read Time:1 Minute, 35 Second

RANAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) adalah parti harapan rakyat Sabah untuk terus memperjuang dan menoktahkan tuntutan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan, Datuk Amisah Yassin berkata, Gagasan Rakyat tidak pernah berganjak dalam usaha menuntut hak Sabah khususnya pengembalian 40 peratus hasil negeri ini yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

“Gagasan Rakyat adalah sebuah gabungan parti tempatan baharu di Sabah selain didominasi oleh pemimpin tempatan tetapi juga dipimpin oleh pejuang-pejuang politik tempatan yang berwibawa.

“Setakat ini, kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun sentiasa konsisten dan tegas dalam memperjuangkan hak negeri sama ada Mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atau dalam Mesyuarat Kabinet,”katanya.

Amisah berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Serentak Tiga Kampung (kg.) iaitu Gagasan Rakyat Cawangan Kg. Lohan Ulu, Kg. Lohan Ulu Simpangan dan Kg. Dilik, Ranau.

Menurut Amisah, tuntutan tersebut sangat penting untuk negeri Sabah khususnya untuk mempercepatkan proses pembangunan ekonomi terutama di kawasan luar bandar Sabah.

“Kita juga percaya bahawa melalui kepimpinan yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, proses merealisasikan impian negeri Sabah untuk keluar daripada antara negeri termiskin di Malaysia berjaya diatasi sekiranya perjanjian ini ditunaikan,”katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Gagasan Rakyat kampung Lohan Simpangan Ulu, Asly Harun berkata, politik Sabah harus bergerak pantas dan bersatu hati seperti jiran negeri Sarawak.

“Pemimpin dan rakyat Sarawak sebulat suara memilih parti tempatan sebagai nadi penting bagi negeri mereka untuk mendapatkan hak dan keistimewaan yang sewajarnya untuk negeri itu.

“Mereka telah berjaya menandatangani Perjanjian dengan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam soal cari gali, minyak dan gas negeri itu dan ini sangat menguntungkan Sarawak,”katanya.

Tambah Asly, beliau berharap kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan lepas yang dilihat tidak serius dalam memperjuangkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular