HomeUtamaPenjawat awam wajib laksana tugas, tanggungjawab dengan disiplin - Zainudin

Penjawat awam wajib laksana tugas, tanggungjawab dengan disiplin – Zainudin

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Penjawat awam wajib melaksanakan peranan tugas dan tanggungjawab mereka selaras dengan disiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman berkata, disiplin dalam perkhidmatan sangat penting dan inilah yang akan memungkinkan anggota perkhidmatan dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada masyarakat.

“Secara umumnya kita anggota perkhidmatan awam mempunyai disiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri dan setiap anggota perkhidmatan awam berkewajiban memastikan mereka melaksanakan peranan tugas dan tanggungjawab selaras dengan disiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Justeru, semua anggota perkhidmatan awam hendaklah memastikan mereka tidak melakukan apa juga perkara yang bercanggah dengan peraturan, bercanggahan dengan undang-undang dan sebagainya,” ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program khidmat masyarakat (CSR) bersempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam 2024 di Cheshire Home Likas dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejak kebelakangan ini ada penjawat awam yang terlibat dengan salah laku atau etika kerja yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang sebagai seorang penjawat awam di negeri ini.

Sehubungan dengan itu, Zainudin turut menekan budaya integriti sangat penting dikalangan penjawat awam ketika menjalankan tanggunjawab mereka.

“Perlu diingati oleh setiap penjawat awam bahawa mereka memainkan peranan penting untuk membantu masyarakat secara keseluruhannya, jadi budaya kerja berintegriti sangat penting,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam salah laku semasa menjalankan tugas.

“Sekiranya ada anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam apa juga salah laku, kita meminta kepada kementerian dan jabatan berkaitan untuk melihat aduan-aduan yang berkaitan dan mengambil tindakan selaras dengan peraturan-peraturan dalam perkhidmatan awam,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir : 10 buah sekolah ditutup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular