HomeUtamaJHEAINS akan wujudkan semula jawatan Imam Daerah selewatnya tahun depan

JHEAINS akan wujudkan semula jawatan Imam Daerah selewatnya tahun depan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan mewujudkan semula jawatan Imam Daerah di seluruh negeri selewat-lewatnya tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatan itu akan diwujudkan semula dengan bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Imam daerah belum diwujudkan, tapi akan diperkenalkan dan diwujudkan semula selepas ini dengan bantuan MUIS.

“Dalam masa terdekat, InsyaAllah dalam tahun ini kita akan cari jalan untuk membuat persiapan bagi mewujudkan jawatan tersebut. Kalau ada lantikan, awal tahun hadapan akan dilantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan watikah pelantikan dan ikrar aku janji pelantikan baharu bagi jawatan Pembantu Dakwah dan Imam Kariah Gred S19 JHEAINS di di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani.

Pada majlis itu, seramai 205 lantikan baharu melibatkan jawatan Pembantu Dakwah dan Imam Kariah menerima watikah pelantikan.

Dari jumlah itu, seramai 50 orang adalah melibatkan Pembantu Dakwah Gred S19 dan Imam Kariah Gred S19 adalag seramai 155 orang, 

Arifin berkata, pihaknya berharap agar penambahan perjawatan itu akan dapat membantu kawasan khususnya di daerah dan kariah masing-masing.

“Saya menekankan beberapa perkara iaitu antaranya kita akan berusaha untuk mewujudkan semula jawatan Imam Daerah selain meminta kepada imam-imam dan pembantu dakwah untuk memastikan pengimarahan masjid khususnya kebersihan masjid dilaksanakan.

“Saya juga meminta pada imam-imam dan pembantu dakwah dan semua  warga JHEAINS agar meningkatkan ilmu masing-masing dan saya minta MUIS membantu dan kakitangan kita yang ingin melanjutkan pengajian yang lebih tinggi,” katanya 

Katanya, ia adalah bagi memastikan semua kakitangan khususnya imam lebih berilmu dan kompiten dalam melaksanakan tugas dikawasan masing-masing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular