HomeUtamaKesedaran orang ramai terhadap kepentingan mencarum di PERKESO terus meningkat

Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan mencarum di PERKESO terus meningkat

Read Time:1 Minute, 18 Second

Beaufort : Kesedaran orang ramai terhadap faedah keselamatan sosial meningkat berikutan peningkatan permohonan kes pencen ilat yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, bagi kawasan pedalaman bawah, tuntutan faedah pencen ilat meningkat kepada 36 kes setakat Mei tahun ini  berbnding 30 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Selain itu, terdapat beberapa rekod tuntutan faedah menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, antaranya, Faedah Pengurusan Mayat, 33 Kes kepada 24 Kes.

“Manakala, tuntutan Faedah Pencen Penakat menurun daripada 32 Kes setakat Mei 2023 berbanding 23 Kes setakat Mei tahun ini.  Penurunan statistik ini menunjukkan peningkatan terhadap kesedaran masyarakat terhadap keselamatan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bersama Pemimpin Masyarakat 2024 peringkat Pejabat PERKESO Beaufort di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan terhadap kesedaran orang ramai bekenaan dengan faedah keselamatan sosial.

Selain itu katanya, peningkatan itu juga adalah keberhasilan kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya pemimpin masyarakat dalam penyaluran maklumat Orang Berinsuran dalam tuntutan faedah PERKESO.

“Secara keseluruhan jumlah bayaran faedah sehingga Mei tahun ini adalah sebanyak RM202,071.09.  Walaubagaimana pun masih ada ruang untuk mengurangkan jumlah kes pada setiap tahun jika kita sentiasa peka terhadap peraturan keselamatan di tempat kerja dan di jalan raya. 

“Saya berharap dengan adanya program seumpama ini, ianya dapat meningkatkan kesedaran pemimpin masyarakat berkaitan dengan hak-hak pencarum sama ada individu bermajikan, pekerja sendiri mahupun suri rumah dan juga hak-hak waris yang ditinggalkan untuk kesejahteraan serta kebajikan hidup mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular