HomeIsu tempatanMakan malam amal Sandakan Pink Ribbon Oktober depan

Makan malam amal Sandakan Pink Ribbon Oktober depan

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan (SPR) akan menganjurkan majlis makan malam amal pada Oktober depan.

Presidennya Mary Alex Mansiw berkata, majlis makan malam itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara.

“Sempena menyambut Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia juga dikenali sebagai Pink Oktober, persatuan akan menganjurkan majlis makan malam amal pada 12 Oktober ini.

“Dana yang diperolehi nanti akan digunakan untuk memberi bantuan kebajikan kepada pesakit kanser payudara yang sangat memerlukan bantuan kewangan semasa menjalani rawatan selain juga bagi menjana dana persatuan.

“Selain itu, persatuan juga kini sedang giat melaksanakan pelbagai program antaranya program ceramah, forum, bengkel dan memberi tunjuk ajar kaedah yang betul untuk melakukan pemeriksaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mary berkata, kunjungan bertujuan untuk menjemput Toh Puan Norlidah untuk hadir sekaligus merasmikan majlis makan malam amal berkenaan.

Turut hadir, Naib-naib Presiden persatuan, Datin Winnie Khoo dan Kasmah Wahab, Setiausaha, Hazizah Mohamad dan Bendahari, Habibah Abdullah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh penyelidikan Ekonomi Biru dan keselamatan maritim Sabah 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular