HomeIsu tempatanMaritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 1,150 liter petrol

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 1,150 liter petrol

Read Time:57 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pancung yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke Pulau Taganak, Filipina.

“Melihat kepada kejadian tersebut, pihak Maritim Malaysia kemudiannya mengarahkan bot suspek berhenti menggunakan siren dan pembesar suara untuk tujuan pemeriksaan.

“Menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, bot terbabit kemudian berpatah balik menuju ke Pulau Berhala dan telah memecut laju menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhairy berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan, bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu telah didaftarkan atas lesen perikanan.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemui 46 tong disyaki berisi 1,150 liter minyak petrol tanpa permit yang sah.

“Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot dianggarkan berjumlah lebih RM16,000.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular