HomeUtamaSESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan - Adrian

SESB pantau kestabilan bekalan elektrik di Labuan – Adrian

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memantau kestabilan bekalan elektrik ke Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan disebabkan gangguan bekalan gas di pulau itu berikutan penutupan oleh Petronas.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata gangguan bekalan gas di pulau itu secara langsung menghentikan bekalan gas ke Stesen Janakuasa Patau-Patau milik SESB.

“SESB telah mendapat makluman mengenai penutupan Gas Receiving Terminal 1 (GRT1) mililk Petronas di pulau itu bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja senggaraan,” katanya dalam satu kenyataan media pasa Rabu.

Penutupan itu bermula pada 26 Jun, 2024 sehingga 2 Julai, 2024.

Menurut beliau walaupun kapasiti penjanaan ke Grid Sabah akan terjejas, SESB akan memastikan rizab marjin penjanaan adalah mencukupi untuk mengelakkan catuan bekalan di pulau itu.

SESB Zon Labuan telah menerima makluman tersebut dan akan berada dalam tunggu sedia bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga pekerja maut, empat cedera parah, jentera traktor dinaiki jatuh gaung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular