HomeSukanPiala FA : Sabah FC tekad kelebihan gol ditempat lawan

Piala FA : Sabah FC tekad kelebihan gol ditempat lawan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC mengambil sikap berhati-hati berdepan Terengganu FC pada aksi pertama suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, perlawanan pertama ini tidak menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya, namun ia sangat penting bagi pasukan Sabah FC mendapat keputusan yang positif.

“Apa juga keputusan dalam pusingan pertama yang penting kita harus kembali dengan satu keputusan yang cukup positif dan kita kembali ke sini dengan semangat positif.

“Apa juga keputusan (perlawanan kedua) yang berlaku di sini nanti, akan menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya, oleh itu kita memerlukan kelebihan bekalan gol pada perlawanan di sini nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata, Sabah FC sedang giat menjalankan segala persiapan sekali gus mencipta banyak kelebihan gol menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Likas di sini dijadual 6 Julai nanti.

“Sabah FC alan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan peringkat suku akhir Piala FA pertama cukup penting, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat lawan.

“Kita tidak boleh mengambil mudah kerana kita tahu pasukan Terengganu FC mempunyai rekod yang cukup baik, terutamanya beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Katanya, Terengganu kini bertambah baik dengan beberapa pemain baharu terutamanya pemain tempatan seperti Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan. 

“Mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan kita harus berwasapada kepada semua pemain yang bakal diturunkan Terengganu FC,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memutuskan siapa pemain yang bakal beraksi menentang Terengganu FC, disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres. Kita perlu melihat perkara ini sehingga esok (hari ini).

“Kita masih belum memutuskan siapa pemain yang bakal beraksi menentang Terengganu FC, disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres. Kita perlu melihat perkara ini sehingga esok (hari ini),” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular