HomeIsu tempatan469 pelajar FSSA UMS terima anugerah dekan

469 pelajar FSSA UMS terima anugerah dekan

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 469 pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan bagi semester 1, sesi 2023/2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam semester berkenaan.

“Kecemerlangan yang diraih adalah refleksi kepada semangat dan usaha berterusan para pelajar ditambah sokongan padu daripada ibu bapa, keluarga dan para pensyarah.

“Di samping itu, ia juga membuktikan bahawa UMS merupakan sebuah institusi yang mampu melahirkan graduan cemerlang.

“Kejayaan anda pada hari ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Tanpa dedikasi dan komitmen yang tinggi, kecemerlangan tidak akan dapat direalisasikan.”katanya.

Pencapaian cemerlang adalah titik mula agar dapat mempersiapkan diri pelajar bagi menghadapi cabaran lebih besar di masa hadapan terutama dalam dunia pekerjaan.

“Saya menyeru semua pelajar agar mempunyai pemikiran yang boleh diadaptasi mengikut keperluan semasa,” katanya ketika  berucap merasmikan majlis tersebut.

Di majlis itu juga, seramai 29 pelajar mendapat markah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

SMK St Joseph rangkul juara sketsa muzikal kepenggunaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular