HomeUtamaTiada wabak AGE dikesan di Penampang - Dr Asits

Tiada wabak AGE dikesan di Penampang – Dr Asits

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Asits Sanna berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan bahawa survelan (pemantauan) AGE oleh Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Penampang pada Minggu Epid (ME) 24/2024 mendapati kes AGE sedikit melepasi paras bertindak (action line) yang telah ditetapkan.

“Oleh yang demikian, PKK Penampang telah mengeluarkan surat dalaman untuk meningkatkan langkah kawalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan surat yang tular di media sosial berhubung dengan peningkatan kesGastroenteritis Akut (AGE) di daerah Penampang.

Namun demikian, menurutnya, taburan kes AGE yang dilaporkan adalah bersifat sporadik dan tiada wabak AGE yang dikesan.

“Survelan seterusnya pada ME 25/2024 menunjukkan kes AGE berada di bawah paras berhati-hati (alert line),” jelasnya.

Dr Asits turut menjelaskan bahawa AGE merupakan satu keadaan di mana individu mengalami cirit birit (watery stool) lebih daripada tiga kali dalam tempoh masa 24 jam dengan atau tanpa mengalami gejala lain seperti muntah, demam dan sakit perut.

“Sekiranya mengalami cirit-birit yang teruk, ia boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan atau dehidrasi.

“AGE boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau parasit.

“Sebagai pencegahan, Jabatan ini ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah iaitu wentiasa amalkan kebersihan diri dan kerap mencuci tangan, gunakan air yang selamat dan bersih serta minum air yang telah dimasak, sekiranya menggunakan alat penapis air, pastikan ianya di selenggara secara berkala dengan baik, masak makanan dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala cirit-birit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Dr Asits berkata, JKNS dengan kerjasama PKK Penampang akan terus memantau situasi kejadian kes AGE melalui survelan AGE di semua fasiliti kesihatan di daerah Penampang.

“JKNS juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Banjir : 10 buah sekolah ditutup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular