HomeUtamaKabinet Negeri lulus Program Sabah-MM2H

Kabinet Negeri lulus Program Sabah-MM2H

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jemaah Menteri Negeri Sabah telah meluluskan Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan negeri ini bersedia menerima permohonan bermula 1 Julai 2024.

Perkara itu diumumkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew dalam satu majlis pelancaran Sabah-MM2H yang diadakan di Shangri-la’s Tanjung Aru Resort & Spa di sini, hari ini.

Sambil mengalu-alukan bakal peserta khususnya warganegara asing untuk menyertai program ini, Christina berkata, program Sabah-MM2H bukan sahaja sebagai satu cara untuk menarik individu menjadikan Sabah rumah kedua mereka, tetapi juga sebagai pemangkin pertukaran budaya, daya hidup ekonomi, dan pembangunan mampan dalam komuniti negeri ini.

“Saya mengalu-alukan semua bakal peserta dan pihak berkepentingan untuk menganggap Sabah bukan sahaja sebagai destinasi, tetapi sebagai tempat tinggal atau rumah yang harmoni sambil menikmati kemesraan rakyat kita dan mewujudkan kualiti hidup yang tinggi.

“Negeri Sabah yang terkenal di peringkat global dengan keindahan alam semula jadi yang asli, kepelbagaian biodiversiti dan kepelbagaian budayanya.

“Dan yang paling penting layanan mesra sangat sesuai untuk menyokong objektif utama Program Sabah-MM2H, iaitu meletakkan Sabah sebagai destinasi pilihan untuk pesara, ekspatriat dan individu yang ingin sama ada berpindah, menikmati kediaman jangka panjang atau memiliki rumah kedua di luar negara mereka sendiri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program tersebut.

Mengulas lanjut mengenai acara pelancaran itu, Christina berkata, tujuan utama acara itu adalah untuk melancarkan secara rasmi Program Rumah Keduaku Sabah-Malaysia, atau ringkasnya, Program Sabah-MM2H, yang disesuaikan khusus untuk menonjolkan tarikan dan peluang unik yang ditawarkan oleh Sabah.

Menurutnya, program Sabah-MM2H menawarkan visa boleh diperbaharui selama 10 tahun dengan keistimewaan visa kemasukan berbilang.

“Ini akan membolehkan para peserta memperoleh kebebasan untuk meneroka dan mengalami semua yang Sabah tawarkan, tanpa kekangan pengehadan visa tradisional”, jelasnya.

Selain iti, katanya, peserta program ini juga akan berpeluang memiliki hartanah di Sabah, akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti, dan pilihan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di institusi pendidikan terkemuka.

“Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat memupuk pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular