HomeIsu tempatanFood Fest inisiatif UMS libat industri dalam tingkatkan produk inovatif makanan

Food Fest inisiatif UMS libat industri dalam tingkatkan produk inovatif makanan

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Food Fest 2024 anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu memangkin penglibatan rakan industri bagi membantu melahirkan pelbagai produk berinovatif berkaitan makanan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, adalah menjadi hasrat UMS untuk memastikan jalinan hubungan erat bersama sektor industri sebagai menyokong agenda meningkatkan keterjaminan makanan.

“Food Fest ini dianjurkan secara bersama dengan pelbagai agensi kerajaan serta rakan industri FSMP seperti Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan atau Ko-Nelayan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Korporasi Pembangunan Desa (KPD), ADABI, BTC dan lain-lain lagi.

“Justeru, saya menyambut baik usaha murni kolaborasi sebegini yang mampu membantu dalam memangkin usaha menghasilkan produk yang lebih mampan melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta inovasi dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di perkarangan Bangunan FSMP.

Beliau turut difahamkan program tersebut turut melibatkan pelajar-pelajar dari semua program prasiswazah bersama berganding bahu sebagai penggerak dan pelaksana utama.

“Penglibatan pelajar secara langsung dapat memberi nilai tambah serta mengukuhkan pengetahuan pelajar, selain sebagai galakan kepada mereka untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh universiti.

“Harapan saya program ini menyumbang terhadap kemenjadian pelajar atau graduan FSMP kepada masyarakat dan negara,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena Food Fest FSMP antaranya pameran jualan program prasiswazah FSMP, pameran rakan industri, aktiviti sukaneka, demonstrasi memasak, pertandingan pembangunan produk makanan dan produk inovasi, tamu dessert dan pertandingan mewarna.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular