HomeUtamaJangan tunggu 'masa kritikal' untuk berpindah

Jangan tunggu ‘masa kritikal’ untuk berpindah

Read Time:1 Minute, 7 Second

Beaufort : Penduduk khususnya yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan untuk segera berpindah sekiranya cuaca hujan berterusan yang boleh mengakibatkan limpahan air sungai seterusnya berlaku bencana banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, penduduk juga diminta agar tidak menunggu ‘masa kritikal’ untuk berpindah ke tempat selamat.

“Saya ingin menyarankan kepada penduduk khususnya yang tinggal ditebing sungai agar segera berpindah jika kawasan didapati tidak selamat terutama apabila musim hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.

“Ini adalah bagi tujuan keselamatan selain kita tidak mahu ada berlaku kemalangan jiwa terutama apabila ada penduduk berpindah pada waktu kritikal, perkara ini sering berlaku dan kita harap kerjasama semua pihak untuk sama-sama bertanggungjawab untuk keselamatan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke beberapa lokasi pembinaan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, penduduk juga diminta untuk sentiasa bersiap siaga terutama menjaga dan menyelamatkan barangan penting termasuk dokumen diri.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) khususnya melibatkan kawasan Zon Suasa dan Bangkalalak.

“Kalau ikut sejarahnya kita di DUN Lumadan inilah yang kritikal, jadi kita beri fokus PPS terdekat kerana penduduk sini sangat ramai dan jauh daripada PPS Dewan Selagon,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular