HomeUtamaPenggunaan AI perlu ada garis panduan

Penggunaan AI perlu ada garis panduan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Penggunaan kemajuan Artificial Intellegence (AI) perlu mempunyai ketetapan dan garis panduan bagi memahami peranan AI agar nilai negatif dapat dibendung sewajarnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kemajuan AI dalam menggantikan suatu tugas khususnya peranan guru telah melahirkan kebimbangan yang nyata dalam lapangan kerjaya seorang pendidik. 

Di samping itu katanya, proses pendidikan yang tidak lahir dari tarbiah seorang pendidik menyebabkan pelajar hilang sentuhan seorang guru yang mampu mendampinginya dalam sesi pembelajaran. 

“Oleh yang demikian, samada bersetuju atau tidak, kita perlu akui bahawa ketetapan dan garis panduan perlu mendasari dalam memahami kewujudan dan peranan AI itu sendiri. 

“Keyakinan dalam mengadaptasi AI dalam mana-mana lapangan perlu disesuaikan agar tidak hilang nilai manusiawi dalam diri individu yang merupakan instrumen terpenting dalam pembinaan kelompok masyarakat yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Inovasi Pendidikan Tinggi Islam Sabah (KIPTIS) 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arifin berkata, kementeriannya mula menggerakkan program berimpak tinggi sebagai pendedahan teknologi dan inovasi kepada kelompok masyarakat tempatan

“Antaranya Program Mobile Exhibition “Experiencing Science: Enlightening Innovation” Tour in Sabah dan penubuhan Pusat Sains Sabah dengan kerjasama MOSTI. 

“Selain dari itu, komitmen kementerian dalam kolaborasi bersama U-Science, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam memperkasakan pembudayaan bidang sains khususnya bagi pelajar luar bandar Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular