HomeSukanSabah FC perlu bangkit teruskan saingan dalam Liga Super

Sabah FC perlu bangkit teruskan saingan dalam Liga Super

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC perlu bangkit dan mempelajari dua kekalahan yang dialami dalam aksi suku akhir Piala FA untuk meneruskan saingan dalam Liga Super yang bersambung semula minggu depan.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukannya juga perlu memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu depan di Stadium Likas.

“Kita harus bangkit di sini, di mana kita harus tahu yang jadual perlawanan ataupun liga masih lagi baru bermula.

“Apa yang kita pelajari daripada dua perlawanan ini amat penting untuk kita perbaiki bagi menghadapi JDT selepas ini dan perlawanan seterusnya,” katanya.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan aksi kedua suku akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Likas, malam tadi.

Dalam aksi malam tadi, Sabah tewas 3-0 hasil jaringan tiga tonggak utama TFC, masing-masing menerusi Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-10, diikuti Muhamnad Akhyar Abdul Rashid (minit 42) dan penyerang importnya, Marin Pilj (minit 86).

Kemenangan itu membolehkan Terengganu mengumpul agregat 7-0 untuk layak ke separuh akhir selepas memenangi kedua-dua perlawanan suku akhir termasuk kemenangan 4-0 di Kuala Terengganu pada aksi pertama minggu lalu.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui ketiadaan Ramon Machado yang tidak lagi bersama pasukan Sabah selepas ini berkemungkinan boleh menyebabkan serangan skuad Badak akan tumpul.

“Sudah tentu tiada jurulatih yang ingin kehilangan penyerang terbaik dan sudah pasti ketiadaan Ramon menumpulkan sedikit bahagian serangan pasukan.

“Tapi, pada masa yang sama ia memberi peluang kepada pemain lain untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Sabah FC,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pembatalan pingat Perak diselesaikan secara baik – Fadhlina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular