HomeUtamaInsiden kepala air: 45 mangsa berjaya diselamatkan

Insiden kepala air: 45 mangsa berjaya diselamatkan

Read Time:52 Second

KOTA MARUDU: Seramai 45 orang mangsa terperangkap dalam insiden kepala air semasa melakukan aktiviti pertandingan memancing di Kolam Batu Gajah, Jalan Tandek, Kampung Longob petang tadi berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba Kota Marudu.

Jurucakap Pusat Geraka Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.11 petang tadi (8 Julai).

Katanya, pasukan Bomba dari Balai Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian kira-kira 14 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati seramai 45 orang mangsa terperangkap di seberang sungai akibat daripada berlakunya fenomena kepala air dan menyebabkan jambatan di sungai tersebut rosak dibawa arus deras.

“Seterusnya, pasukan bomba bertindak menyelamatkan kesemua mangsa menggunakan tali dan tangga.

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada 23 lelaki dewasa, 15 perempuan dewasa dan tujuh kanak-kanak berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian, semua mangsa sedang menjalankan aktiviti pertandingan memancing di kolam berhampiran.

“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 6.47 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular