HomePendapatLKAN KKDW - Kelewatan Melampau Seolah Tiada Ketergesaan Sejahterakan Penduduk Sabah

LKAN KKDW – Kelewatan Melampau Seolah Tiada Ketergesaan Sejahterakan Penduduk Sabah

Read Time:8 Minute, 26 Second

oleh Wan Azrain Adnan

1.        baru-baru ini , Ketua Audit Negara telah mengumumkan Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 (LKAN 2/2024). Antara lain, Ketua Audit Negara telah melaporkan mengenai pengurusan projek bekalan air luar bandar di Sarawak dan Sabah, yang di laksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia.

2.        Secara keseluruhan, LKAN 2/2024 meliputi tiga skop utama pengurusan projek bekalan air luar bandar berkenaan:

  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi: membina tangki simpanan air, membina stesen pam penggalak, penyambungan paip air sistem retikulasi
  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru: membina baru dan menaik-taraf loji rawatan air sediada
  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif: membina telaga, sistem air terbuka dan sebagainya

3.        Menurut LKAN 2/2024, sejumlah 477 projek bekalan air luar bandar di Sabah telah di luluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016 – 2020) dan Rancangan Malaysia ke-10 (2011 – 2015). Ini melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.735 billion.

Untuk rekod berikut merupakan mantan Menteri KPLB Malaysia. Seorang daripadanya ialah Datuk Seri Shafie Apdal bekas Naib Presiden UMNO Malaysia dan pernah menjadi Ketua Menteri Sabah bawah Warisan pada 2018-2020

4.        Setakat Oktober 2023, daripada sejumlah 477 projek yang di luluskan, status projek adalah agak memuaskan di mana majoriti projek telah siap di laksanakan.

  • projek siap: 430 (90.1%)
  • projek dalam pelaksanaan: 8 (1.7%)
  • projek dalam perancangan: 24 (5.0%)
  • projek di batal: 15 (3.2%)
Skop ProjekJumlah ProjekPecahan ProjekProjek SiapProjek Dalam PelaksanaanProjek Dalam PerancanganProjek Batal
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi36175.7 %32751514
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru163.3 %3391
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Alternatif10021 %100
Jumlah477100 %43082415
Peratusan100 %90.1 %1.7 %5.0 %3.2 %

5.        Daripada 430 projek yang telah siap, sejumlah 330 projek adalah Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi dan BALB Naik Taraf/ Bina Loji Baru. Projek berkenaan telah dapat memberi manfaat kepada 20,790 bilangan rumah, merangkumi lebih 103,950 penduduk Sabah.

6.        Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2022, jumlah penduduk Sabah ialah 3.39 juta orang, di mana: warganegara (2.654 juta orang: 78%) dan bukan warganegara (0.736 juta orang: 22%).

Ini bermakna lebih 3% penduduk Sabah telah mendapat manfaat daripada projek BALB Retikulasi dan BALB Naik Taraf/ Bina Loji Baru yang telah siap setakat ini.

7.        Pada masa yang sama, terdapat sejumlah 24 projek yang masih dalam peringkat perancangan dan belum di laksanakan. Ini berlaku walaupun projek tersebut telah di luluskan sejak tahun 2016, dan perunding telah pun di lantik. Kelewatan projek sehingga 8 tahun ini telah menyebabkan lebih 22,000 bilangan rumah belum dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat sehingga kini.

Skop ProjekTahun KelulusanJumlah ProjekKos Projek (RM)Bilangan Rumah
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi20163RM 51.50 juta5,476
20173RM 73.50 juta750
20189RM 207.79 juta8,953
Jumlah2016 – 201815RM 332.79 juta15,179
Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Naik Taraf/ Bina Loji Baru20163RM 120.00 juta2,423
20173RM 185.05 juta3,074
20183RM 121.00 juta1,945
Jumlah2016 – 20189RM 426.05 juta7,442
Jumlah Keseluruhan2016 – 201824RM 758.84 juta22,621

8.        Berdasarkan LKAN 2/2024, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia telah memberikan pelbagai maklumbalas mengenai kelewatan projek yang masih di dalam peringkat perancangan. Antaranya:

  • projek memerlukan tempoh untuk pelantikan perunding
  • penyediaan reka bentuk dan kelulusan mengambil tempoh yang lama
  • bantahan dan pencerobohan penduduk di tapak projek
  • perubahan dasar Kerajaan yang melibatkan kaedah perolehan
  • pelaksanaan Makmal Kajian Nilai setelah reka bentuk terperinci di sediakan oleh perunding
  • perubahan skop kerja selaras dengan keputusan Makmal Kajian Nilai
  • bergantung kepada prestasi Pelaksanaan projek lain yang di laksanakan oleh Agensi lain
  • isu dasar di bawah skop Program Bekalan Air Luar Bandar KKDW
  • prestasi perunding
  • perancangan projek telah terjejas berikutan penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020 – Oktober 2021)

9.        Namun begitu, apa jua maklumbalas yang telah di berikan oleh KKDW, kelewatan melampau bertahun-tahun ini seolah-olah menggambarkan tiada ketergesaan/ sense of urgency oleh pihak terbabit untuk melaksanakan projek tersebut demi kesejahteraan penduduk Sabah.

Agaknya berapa lama lagi penduduk Sabah (iaitu lebih 22,000 bilangan rumah) perlu menunggu untuk menikmati hasil projek-projek tersebut?

10.      Di samping itu, LKAN 2/2024 turut melaporkan pembatalan 15 projek, yang melibatkan sejumlah 9,682 bilangan rumah. Antara punca pembatalan projek tersebut adalah kerana:

  • sumber air mentah dan terawat tidak mencukupi
  • tiada jalan masuk ke tapak projek yang di cadangkan

11.      Pembatalan projek ini adalah sesuatu yang amat malang kerana isu-isu berbangkit tersebut sepatutnya telah di ambil kira ketika di cadangkan, dan telah pun di luluskan. Oleh itu, alasan sebegitu tidak boleh di terima lagi! Rakyat Sabah telah menunggu berdekad-dekad, dari generasi ke generasi, untuk menikmati bekalan air bersih dan terawat.

12.      Sewajarnya, pihak terbabit mencari penyelesaian untuk mengatasi isu-isu berbangkit, dan bukannya membatalkan terus projek berkenaan. Tiada pula maklumat samada projek yang di batalkan tersebut telah di gantikan dengan projek lain yang lebih sesuai. Jika tiada, rakyat Sabah juga yang kekal sengsara.

13.      Di samping itu, LKAN 2/2024 turut melaporkan bahawa walaupun projek telah siap, kadar peratusan penyambungan Meter dan Paip dari Meter Stand ke rumah penduduk masih rendah. Mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 31 Mei 2017, kos penyambungan meter dan paip dari meter stand ke rumah perlu di tanggung oleh pemilik rumah.

14.      Berdasarkan audit sampel 12 projek siap, hanya 1,382 rumah (36.1%) telah membuat penyambungan meter, manakala 3,824 (63.9%) masih belum membuat penyambungan meter.

15.      Antara sebab utama ramai penduduk masih tidak membuat penyambungan ialah kerana tidak mampu membayar kos penyambungan meter yang di anggarkan berjumlah RM 750 – 1000 (termasuk RM 230 untuk deposit pemasangan meter).

16.      Ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Kemiskinan telah menghalang penduduk Sabah untuk menikmati manfaat projek yang telah siap di laksanakan untuk kesejahteraan hidup. Kemudahan sudah tersedia, wang pula tiada.

Umpama: so near and yet so far…

17.      Perkara ini wajar di teliti oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah agar kadar peratusan penyambungan meter dan paip dapat di tingkatkan. Tiada gunanya melaksanakan projek di mana ramai rakyat masih tidak dapat menikmati manfaat yang terhasil.

18.      Sudah pasti agak sukar untuk mengurangkan kos penyambungan tersebut kerana melibatkan harga barang dan upah pekerja. Justeru itu, kaedah penyelesaian yang wajar di pertimbangan ialah agar Kerajaan Malaysia dan/ atau Kerajaan Sabah menampung kos penyambungan tersebut, samada sepenuhnya atau sebahagian.

19.      Sebagai contoh: Sekiranya Kerajaan Malaysia dan/ atau Kerajaan Sabah menanggung sepenuhnya kos penyambungan sebanyak RM 1,000 untuk 3,824 rumah berkenaan, ianya akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 3,824,000.

20.      Ini adalah jumlah perbelanjaan yang kecil demi menyediakan kesejahteraan hidup kepada rakyat Sabah yang telah sengsara berdekad-dekad lamanya.

21.      Air merupakan isu legasi yang terus menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Sabah. Ramai rakyat Sabah masih tidak menikmati akses kepada bekalan air yang menyeluruh dan mencukupi.

22.      Ini termasuk demonstrasi mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menghadapi masalah bekalan air di atas kelemahan Jabatan Air Negeri Sabah menyelesaikan kemelut air di kawasan Sepanggar.

23.      Antara punca utama isu bekalan air di Sabah ialah Kadar Air Tidak Berhasil/ Non-Revenue Water (NRW) yang terlampau tinggi, berpunca dari sistem paip yang usang dan rosak. Menurut Suruhanjaya Air Negara (SPAN), kadar NRW Sabah ialah 55%, iaitu ke-2 tertinggi di Malaysia. Sebagai perbandingan, purata kadar NRW negara adalah 37.2%.

Ini bermakna lebih separuh dari bekalan air terawat di Sabah ‘hilang’ dan tidak menjana sebarang pendapatan kepada Kerajaan Sabah. Oleh itu, Kerajaan Sabah terpaksa menanggung kerugian besar setiap tahun.

24.      Tambahan lagi, Sabah juga menghadapi isu kecurian air, yang di dalangi oleh penduduk tanpa dokumen. Sebagai contoh: Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, masalah bekalan air di UMS adalah di sebabkan oleh koloni setinggan yang besar di Sepanggar.

Dengan anggaran 12,000 buah rumah, koloni setinggan tersebut di anggarkan mencuri 18 juta liter air sehari, melalui sambungan paip air yang melanggar undang-undang.

25.      Oleh yang demikian, kerugian besar yang di alami akibat kadar NRW yang tinggi dan kecurian air menyebabkan Kerajaan Sabah menghadapi cabaran yang rumit untuk menyediakan perkhidmatan air yang cekap.

Dalam bahasa mudah, kutipan pendapatan bekalan air tidak dapat menampung perbelanjaan yang di perlukan. This is simply not sustainable.

26. Di bawah Belanjawan Sabah 2024, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 679.85 juta untuk menangani isu air di Sabah. Namun begitu, agenda penyelesaian isu air di Sabah memerlukan jumlah dana yang besar.

27.      Pada Mei 2023, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah telah memaklumkan bahawa dana sejumlah RM 18.37 billion di perlukan bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang efisyen di Sabah oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

28.      Maka, adalah jelas isu air di Sabah tidak mudah dan cepat untuk di selesaikan memandangkan dana yang besar di perlukan. Sebagai contoh: Berdasarkan jumlah dana RM 18.37 billion yang di perlukan tersebut, sekiranya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah membelanjakan RM 1 billion setahun, isu air di Sabah hanya dapat di selesaikan dalam tempoh hampir 20 tahun.

Tempoh masa tersebut mungkin lebih lama jika mengambil kira faktor kos penyelenggaraan tahunan untuk aset air di seluruh Sabah.

29.      Sudah pasti tempoh masa tersebut akan bertambah lama lagi dengan isu-isu yang telah di laporkan oleh LKAN 2/2024. Amat malang sekali, dengan dana yang sudah tersedia, projek-projek berkenaan pula tidak dapat dilaksanakan dengan baik, mengikut tempoh masa yang di tetapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular